Buku ini mengisahkan reality masyarakat Malaysia umumnya dan umat muslim khususnya. Ia juga adalah sindiran tajam ke atas masyarakat kita dalam memahami ilmu. Percaya atau tidak, kita menuntut ilmu daripada guru yang sama tetapi kefahaman berbeza!kenapa berbeza? jom kaji buku ini.
Dalam buku ini terdapat 35 beduk sebagai 'wake-up call' ke atas umat Islam dalam menghadapi zaman kebangkitan. Beduk yang sesuai untuk pelajar teknikal ialah beduk 11-seorang jurutera di atas bukit. Kejujuran dan keikhlasan sangat penting dalam menghadapi sebuah kehidupan. Apa makna kalau rumah besar,kereta besar dan segalanya serba-serbi besar tetapi semuanya tiada keberkatan!
Terlalu banyak untaian kata-kata hikmah dalam buku ini. TIDAK RUGI MEMBELI BUKU INI.
Berikut adalah kata-kata hikmah dalam buku ini
- Pendidik adalah golongan yang paling dekat dengan tugas para Rasul, kerana dia mendidik modal yang paling berharga-modal insan. (jika pelajar malas kita dorong, jika salah kita membetulkannya)
- Belajar kejituan tawakkal dan kegigihan ikhtiar daripada seekor semut.
- Solat-mesin modifikasi muslim.
- Dengan hati yang bersih sahaja kita dapat menguasai teknologi (hanya yang khusyuk dalam solat mampu memberi kesan kepada keperibadian)
- Hidup ikut syariat Islam, jaga aqidah, jaga akhlak. Hidup cara Islam. Itulah kaedah melawan Yahudi bukan setakat boikot barangan keluaranYahudi.
- Sinergi bermula dengan mendengar bukan didengar. Memahami dulu kemudian difahami.
- Orang besar kerap dikenali melalui bagaimana ia melayan orang kecil yang tidak memberi keuntungan kepadanya dengan mulia dan baik.
- Setiap orang Islam mesti memperjuangkan Islam.
- Orang yang ikhlas itu KUAT HATInya
- Manusia yang lidah, hati dan dirinya sentiasa penuh dengan zikrullah maka kalimah zikir itulah yang terluncur keluar bila tiba saat kematiannya.
- Alangkah baiknya jika kita terlebih dahulu membakar selimut syaitan yang menghalang kita daripada bangun solat subuh berjemaah daripada berdemontrasi!
- Azan di angkasa lepas kita hairan, azan di muka bumi ini kita abaikan!
- Istiqamahlah kerana istiqamah itu lebih tinggi nilainya daripada karamah.
- KEKADANG KECINTAAN DAN KEFAHAMAN KITA TERHADAP ISLAM HANYA TIMBUL DENGAN ADANYA CABARAN DAN PERLECEHAN.
- Orang yang solat tidak akan sakit jiwa, stress dan tekanan emosinya terkawal.
- Kemungkaran bukan soal peribadi. Jika seorang melakukannya, ia memudaratkan orang lain.
- Di mana sahaja Islam sering disalahtafsirkan. Namun jangan pesimis dan kecewa. Itu bermakna peluang dan ruang untuk dakwah sentiasa terbuka!
- What you give, you get back. Itu hukum sunnatullah dalam hubungan sesame manusia.
No comments:
Post a Comment