SESUNGGUHNYA HIDUPKU DAN MATIKU KERANA ALLAH S.W.T

Tuesday 23 October 2012

BUKU YANG MESTI DIMILKI














Buku ini menceritakan berkenaan suka duka cabaran sebagai pelajar. Ia nampak santai kerana diterjemahkan melalui bentuk soalan oleh pelajar dan jawapan oleh Prof. Muhaya @ Q&A.

Buku ini mendepani masalah pelajar dan siswa universiti berkenaan pembelajaran, pengurusan kewangan, kesihatan dan lain-lain. Ia nampak ringkas tetapi padat dengan ilmu-ilmu berguna.

Perkara yang 'menekan' hati saya ialah berkenaan aspek reset minda. Kita umat Islam seharusnya memiliki 'POWERFUL THINKING' bukannya positive thinking.
Saya percaya ia adalah hasil tulisan yang lahir dari jiwa penulis yang memiliki hati nurani yang ikhlas ingin mengubah persepsi pelajar terhadap sebuah kehidupan. Buku ini juga lahir dari sedikit sebanyak pengalaman penulis dalam mengikuti usrah diperingkat IPT. Oleh itu para pelajar MUSLIM, apabila melangkah ke IPT libatkanlah diri dalam aktiviti berfaedah seperti usrah ini. Majlis usrah mampu menambah ilmu dan memberi nilai tambah dalam diri pelajar. Tahniah kepada MONIE ZAIHARA BT. ZAILAN kerana memiliki buku ini atas pencapaian terbaik PKA tingkatan 5A3 untuk TRIAL SPM.

BACALAH! jangan tak baca. SEBAB ITU BUKU INI TERMASUK BUKU "MUST READ"









Jalan oh jalan

Selasa Oktober 23, 2012
Lori Lebih Muatan Rosakkan Jalan

PETALING JAYA: Lori lebih muatan mempercepatkan penggunaan jalan di negara ini, menyebabkan kerosakan bernilai jutaan ringgit untuk membaikinya setiap tahun.
Kementerian Kerja Raya menyatakan bahawa jalan raya sepatutnya bertahan sehingga satu dekad sebelum ia boleh diperbaiki tetapi sekarang memerlukan pembaikan besar dalam tempoh tiga tahun pertama kerana kenderaan lebih muatan.
Menterinya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata: “Jangka hayat jalan-jalan ini menurun kerana lebih muatan.”
Beliau sebelum ini dilaporkan sebagai berkata bahawa sejumlah RM747 juta dibelanjakan untuk penyelenggaraan jalan persekutuan di seluruh negara antara Januari dan Oktober tahun lepas.
Pengarah Jabatan Kerja Raya Sabah, Datuk John Anthony berkata, kenderaan lebih muatan adalah satu kebiasaan di negara itu, terutama lori yang membawa kelapa sawit.
“Mereka mengubahsuai kenderaan mereka secara haram bagi membolehkan lebih banyak muatan dengan tiga kali ganda daripada jumlah yang dibenarkan.
“Ia (muatan lebih banyak) semakin menjadi-jadi menyebabkan jalan lebih cepat rosak daripada kita memperbaikinya,” tambahnya.
Anthony berkata, kos untuk memperbaiki sebuah jalan yang rosak adalah antara RM1 juta dan RM2 juta untuk satu kilometer.
Membina jalan baru melibatkan kos antara RM3 juta dan RM4 juta satu kilometer, bergantung pada struktur tanah.
Sementara itu, Pusat Universiti Malaya untuk Penyelidikan Pengangkutan pula berkata, lebih muatan yang paling ringan juga boleh mengakibatkan kerosakan teruk kerana “hubungan antara jalan gandar kenderaan dan kerosakan jalan adalah bersamaan dengan kuasa empat”, kata pengarah pusat itu, Prof Dr Rehan Karim.
“Sebagai contoh, sekiranya sebuah lori mempunyai lebihan muatan cuma 1 peratus, kerosakan yang berlaku pada jalan adalah empat kali ganda,” tambahnya dalam satu temu ramah.
Dr Rehan dan kumpulannya membangunkan sistem “Berat dalam Pergerakan” automatik, di mana akan ditempatkan di jalan raya yang boleh mengenal pasti trak lebihan muatan dan tolok bagi lebihan muatan tambahan.
Kumpulan itu mengkaji mengenai lanjutan lebihan muatan berdasarkan jenis trak dan paras lebihan muatan.
“Kami mendapati terdapat separuh daripada bilangan trak yang terdiri daripada pelbagai kategori adalah lebih muatan dan membawa hampir dua kali ganda daripada had berat,” katanya.
Mengenai aspek keselamatan, Dr Rehan berkata, tambahan muatan akan memberi kesan pada dinamik sesebuah kenderaan.
“Lebihan muatan akan menyebabkan kegagalan mekanikal, memberi kesan kepada keupayaan pemandu untuk mengawal kenderaan,” tambahnya

sumber: mstar.com.my

Wednesday 10 October 2012

MAJLIS KONVOKESYEN DARUSSYIFA








LUAHAN RASA INSAN BIASA

Syukur padaMu Ya Allah

Memberi kesempatan mencari ilmuMu

Dari insan pewaris para nabi yakni para alim ulama

Terima kasih guruku

Dengan kecekalan hatimu menebarkan ilmu melata ke serata alam

Menebarkan cahaya menerangi bumi, syukur padaMu Ilahi

Semoga dengannya kita mendapatkan kebahagiaan duniawi dan ukhrawi

Semoga dengannya kita mendapat keredhaan dalam hidup ini

Kuberharap dengan ilmumu yang kauberi

Mampu mengurangkan azab ayahanda yang telah lama pergi

Dijemput ilahi dengan tangisan  aku mengiringi

Kerna dia ayahandaku guruku yang pertama mengajarkanku Al-Quran

Tapi aku insan biasa yang banyak berdosa pada ayahandaku

Dan padaMu Ya Rabb…………

Dengan ilmu yang kauberi

Kesedaran untuk mengenal diri, mencintai Rasulullah dan mencintai Yang Maha Kuasa

Kurasa semakin dekat dengan kekasihMu Ya Allah

Semoga kita semua mendapat syafaat darimu Ya Rasulullah, Wahai kekasih Allah

Terima kasih sekali lagi guruku………….

Ya Allah ampunkanlah segala dosa-dosa kami

Ya Allah ampunkanlah dosa kedua ibu bapa kami, guru-guru kami serta orang mukmin

Ya Allah kami mengharapkan keredhaan Mu

Ya Allah kami mengharapkan pengampunan Mu

Syukur Segala Puji Untukmu  Ya Allah (Alhamdulillah)

Selayaknya untukMu kerana mempertemukan aku dengan guruku (TG Haron Din)

Insan biasa,

Ibrahim bin mat yassin