SESUNGGUHNYA HIDUPKU DAN MATIKU KERANA ALLAH S.W.T

Wednesday 14 December 2011

ILMU ITU CAHAYA

Imam as-Syafi'i rhm berkata, "Wahai saudara, kamu tidak akan mendapat ilmu melainkan dengan enam perkara. Saya akan menjelaskannya iaitu cerdik, tamak dengan ilmu, bersungguh-sungguh, ada bekalan, berdamping dengan guru dan masa yang panjang." Dalam syairnya yang lain menyebut, "Aku mengadu kepada (guruku) Waki' buruk hafalanku. Lalu dia (guruku) menasihatiku agar meninggalkan maksiat. Dia memberitahuku bahawa ilmu itu cahaya. Dan cahaya Allah tidak akan diberi kepada ahli maksiat." Semoga menjadi renungan.

Tuesday 13 December 2011

SELAMAT BERJUANG

Assalamualaikum WBT

Esok pelajar-pelajar civil akan menduduki peperiksaan SPM. Selamat berjuang wahai muridku. Ya walaupun cikgu hanya mengajar anda pada tingkatan 4, cikgu mendoakan anda semua mendapat keputusan cemerlang. PKA pikir mesti A+. Jangan lupa untuk berdoa kerana doa itu OTAK IBADAH dan SENJATA MUKMIN


Friday 18 November 2011

BERCINTA LAGI !??! PERINGATAN BAGI YANG LUPA

Haramkah Bercinta?


Renungkan kembali etika pergaulan dengan berlawanan jantina dalam Islam. Berapa pelanggaran yang biasa dilakukan oleh sepasang kekasih.
Dalam kamus bercinta, perkara-perkara tersebut adalah biasa dilakukan, padahal hanya satu perkara sahaja di bawah cukup untuk mengharamkan bercinta. So… sendrik mau ingat!

1. Pasangan yang sedang bercinta tidak akan menundukkan pandangannya terhadap kekasihnya.Munculnya rasa cinta itu pun adalah dari seringnya mata memandang kepadanya seperti istilah “cinta pandang pertama”.

2. Pasangan yang sedang bercinta sukar menjaga aurat.

3. Pasangan yang sedang bercinta biasanya sering berdua-duaan dengan kekasihnya samada di khalayak ramai atau tidak.

4. Wanita akan bersikap manja dan melembutkan suaranya semasa bersama kekasihnya atau sedang berbual di telefon dan SMS.

5. Pasangan bercinta saling menyentuh antara lelaki dan perempuan, walaupun hanya bersalam.

6. Orang yang sedang bercinta, selalu membayangkan dan berangan-angan kepada orang yang dicintainya.

sumber:isuhangat.net

‘FRUST’ DALAM BERCINTA

Siapa yang pernah merasakan tahulah betapa peritnya. Benarlah kata pujangga,“sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang, tetapi tidak berbalas.” Aneh sekali derita sakit putus cinta ini… benci, tapi rindu. Dendam tapi sayang. Dunia terasa sempit, dada terasa mencengkam.
Orang yang paling boleh menyakitkan hati kita ialah dia yang pernah paling kita cintai. Ramai orang yang hancur hidupnya kerana putus cinta. Terlupakah pesan bijak pandai:
“Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika.”
Sesetengahnya hilang kewarasan berfikir. Hilang semangat juang. Malah ada yang sanggup bunuh diri. Benarlah kata orang: “Dunia akan terkejut mendengar seseorang membunuh diri kerana kematian ibunya, tetapi tidak akan terkejut apabila pembunuhan diri itu disebabkan kematian kekasih yang dicintainya.” Justeru, yang minta mati, akibat frust cinta ramai sekali.
(Ingat senikata lagu: Oh, Tuhanku kau cabutlah nyawaku). Buruk sekali keadaan orang yang ‘frust’ dalam bercinta. Inilah salah satu akibat cinta nafsu. Jika kita berani ‘memperkosa’ kesucian cinta, awas ia akan menuntut balas dengan cara yang paling kejam.
Ketahuilah, seseorang pernah gagal dalam percintaan, kemungkinan dia akan terus melihat kebahagiaan itu laksana pelangi. Tidak pernah di kepalanya sendiri, selamanya di atas kepala orang lain. Pesimis. Prejudis. Bagaimana hendak dihadapi segalanya?
Putus cinta adalah bukti bahawa tidak ada cinta sejati kecuali cinta yang diasaskan oleh cinta Allah. Cubalah anda fikirkan, apakah punca pihak sana atau pihak sini memutuskan cintanya? Mungkin kerana hadirnya orang ketiga? Mungkin dihalang oleh orang tua? Mungkin kerana sudah jemu? Macam-macam alasan diberikan. Ketika itu lupa segala sumpah setia, akujanji, lafaz janji yang dimetrai sewaktu sedang ‘syok’ bercinta. Hingga dengan itu mereka yang dikecewakan seolah-olah tidak pernah mengenal orang yang dicintai itu. Dia benar-benar berbeza (seolah-olah dia tidak pernah kita kenali!).
Putus cinta bukanlah pengakhiran segalanya. Ia adalah satu permulaan yang baik jika ditangani dengan positif. Memanglah di awalnya kita rasa sukar menerima hakikat. Tetapi percayalah… kita tetap ada Allah. Semuanya dari Allah. Dan segala yang datang dari Allah ada baik belaka, walaupun belum terserlah kebaikannya pada pandangan kita. Namun yakinlah, pandangan kita terbatas, pandangan Allah Maha Luas. Sesuatu yang kita cintai, belum tentu membawa kebaikan kepada kita. Manakala sesuatu yang kita benci, belum tentu memudaratkan kita.
Sebagai hamba Allah, renungilah maksud firman Allah dalam surah Al Baqarah, ” Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah-lah yang lebih mengetahui.”
Kita inginkan orang yang kita cintai itu terus setia bersama kita. Biar sampai menempuh alam perkahwinan, beranak cucu hingga ke akhir hayat. Segala kata pengukuhan telah diberikan.
Kita rasa dialah terbaik untuk kita (you are the answer of my prayer). Tetapi entah macam mana, dia berpaling tadah. Waktu itu kita terhenyak lalu berkata, “mengapa aku terpaksa menanggung derita ini.”Kita frust kerana merasakan dialah yang terbaik, tercantik, ter… ter… segala-galanya. Sukar membayangkan ada orang lain seumpama dia. Cinta diberikan seluruhnya. Ketika si dia pergi tanpa berpaling, kita berkata, “ya Tuhan, kenapa aku yang terpaksa menerima nasib ini?”
Harga diri orang yang putus cinta selalu rendah. Penilaian diri terhadap dirinya sendiri menjunam ke paras terendah. Rasa hina (gagak di rimba) berbanding kekasihnya yang pergi (merak kayangan). Sedangkan jika masih ada iman bersemi di dada… kita masih boleh berfikir dan berhenti seketika, lalu berkata, “Tuhan ada!” Pujuklah hati dengan apa yang telah Allah tegaskan bahawa yang baik pada pandangan kita belum tentu baik dalam realitinya. Katakan, dia yang pergi itu bukan yang terbaik. Mungkin dia terbaik, tapi untuk orang lain. Dan yang terbaik untuk kita pasti datang sebagai gantinya!
Jangan katakan kenapa aku yang kena? Jangan labelkan aku yang malang. Tetapi katakan, aku yang terpilih. Terpilih untuk putus cinta dengan manusia supaya ‘terpaksa’ bercinta dengan Allah. Memang begitulah rahmat Tuhan, kekadang DIA memutuskan untuk menyambungkan. Putus cinta dengan manusia, tersambung cinta dengan Allah. Inilah hikmah di sebalik kesusahan, kemiskinan, kegagalan, dan termasuklah putus dalam bercinta. Dalam ujian kesusahan selalunya manusia lebih mudah ingatkan Allah.
Alangkah indahnya jika orang yang frust cinta itu kembali kepada Allah secara sihat – maksudnya, bukan sekadar merintih, mengadu, merayu atau minta mati segera. Tetapi tersentak oleh satu kesedaran bahawa cinta Allah itulah yang sejati.
Allah tidak pernah mengecewakan seperti kekasih mengecewakan. Seorang filosof Barat, Hendrick berkata, “mencintai seorang yang tidak mencintai kamu adalah sia-sia, menyia-nyiakan orang yang mencintai adalah berbahaya.” Cubalah fikirkan… siapa yang paling mencintai kita? Siapakah yang kita sia-siakan selama ini? Fikir…
Dan tersentak oleh hakikat itu, kita mula berfikir… barangkali putus cinta ini adalah rahmat yang tersirat, “Allah menjemput aku untuk mencintai-Nya!” Sedarlah, bahawa Allah adalah Tuhan yang sentiasa mengasihi kita. Tetapi DIAlah Tuhan yang sering kita sia-siakan. Frust cinta itu hakikatnya untuk menyambungkan cinta kepada-Nya. Ketika itulah orang yang frust cinta akan benar-benar terasa bahawa dia terpilih, bukan tersisih!
Saya punya banyak cerita betapa ramai pasangan suami-isteri yang bahagia bersama ‘orang’ yang mereka tidak sangka apalagi harapkan sebelumnya. “Rugi, buang masa mengenang kekasih dulu.” “Allah ganti yang lebih baik.” “Tak sangka, kami akan serasi begini.” Begitulah suara-suara ‘testimonial’ daripada orang yang frust bercinta tetapi akhirnya berjaya melalui kehidupan berumah-tangga dengan orang yang lebih baik (untuk mereka).
Ya, pada waktu ‘terkena’ dulu belum nampak lagi, sebab itu terasa marah, kecewa, dendam dan benci. Tetapi apabila masa berlalu, segalanya bertukar menjadi syukur, beruntung dan terselamat. Mujur putus dengan dia. Beruntung tidak jadi dengan dia!
Begitulah ilmu kita yang terbatas dibandingkan dengan ilmu Allah yang Maha Luas. Yang penting dalam apa jua keadaan sekalipun, iman mesti diperkukuhkan dalam dada. Ingat Tuhan. Cintailah DIA, pasti Allah akan mendorong orang yang dicintai-Nya untuk mencintai kita. Cinta itu bagai ‘mata rantai’ yang sambung menyambung sesama manusia yang akhirnya bersambung kepada cinta Allah.
Percayalah frust dalam bercinta itu satu ujian. Ujian dalam kehidupan. Ingatlah bahawa alam adalah sebuah ‘sekolah’ yang besar. Setiap manusia adalah para pelajarnya. Dan kita terpaksa belajar berterusan. Hidup adalah satu siri pelajaran yang tersusun rapi untuk difahami dan dihayati sepanjang hayat.
Frust dalam cinta jika ditakdirkan berlaku kepada anda, adalah satu pelajaran juga. Kita perlu faham ‘pelajaran’ yang dibawa bersamanya. Jika difahami, pelajaran-pelajaran ini akan memberi panduan dan suluhan untuk menjalani hidup dengan lebih tenang dan bahagia pada masa akan datang. Tetapi sekiranya pelajaran ini gagal difahami, maka hidup akan huru-hara dan kita akan selalu menghadapi keadaan yang tidak menentu. Kemungkinan besar kita akan ‘frust’ berkali-kali.
Semasa kita di peringkat remaja ada ‘pelajaran-pelajaran’ tertentu yang perlu difahami benar-benar sebelum menghadapi usia dewasa yang jauh lebih mencabar. Apakah ‘pelajaran-pelajaran’ itu dan apakah cara sebaik-baiknya mempelajarinya? Inilah salah satu persoalan penting yang mesti dijawab oleh setiap remaja. Jangan sampai pelajaran yang sepatutnya ‘selesai’ di alam remaja terpaksa dibawa ke peringkat tinggi. Kalau begitu rugilah, sama seperti siswa atau siswi yang terpaksa ‘refer’ atau ‘repeat’ akibat gagal dalam peperiksaan mereka.
Remaja adalah kelompok manusia yang sedang melalui satu proses transisi. Mereka telah meninggalkan alam kanak-kanak tetapi belum mencapai alam dewasa sepenuhnya. (I’m not a girl but not yet a women) Keadaan transisi ini tidak stabil. Umpama air yang hendak bertukar menjadi wap, maka molekul-molekulnya terlebih dahulu bergerak dengan cepat dan tidak menentu.
Samalah dengan remaja, jiwa, akal, nafsu, emosi dan lain-lain elemen-elemen mereka sedang bergolak. Takah usia ini paling tidak stabil – tercari-cari identiti diri, krisis pemikiran, perubahan biologi dan macam-macam lagi. Dan di tahap ini juga remaja akan menemui pelbagai situasi dan kondisi – suka dan duka, kejayaan dan kegagalan, permusuhan dan kasih-sayang, sempadan dan teladan. Muncul pelbagai individu dengan pelbagai kelakuan dan sikap. Terjadi bermacam-macam peristiwa dengan membawa pelbagai kesan. Salah satunya frust dalam bercinta.
Semua ini tidak berlaku sia-sia melainkan ada ‘pelajaran’ yang dibawanya untuk difahami dan dihayati. Remaja mesti dapat membaca ‘mesej’ yang dibawa oleh setiap peristiwa, individu dan keadaan yang berlaku ke atas mereka. Jika tidak, mereka terpaksa mengulangi pelajaran itu berkali-kali. Sebab itu kita pernah temui orang tertentu yang sentiasa berdepan dengan masalah yang sama berulang-ulangkali.
Jadi langkah pertama supaya remaja‘lulus’ dalam pelajaran mereka ialah mereka perlu akur bahawa setiap yang berlaku di alam remaja ada unsur pengajaran dan didikan buat mereka. Frust cinta hakikatnya adalah ‘guru’ yang mengajar kita. Setiap guru mengajar sesuatu yang baik, walaupun kadangkala pahit, pedih dan sakit kita menerimanya.
Untuk itu, apabila putus cinta, hendaklah ditanyakan pada diri, “apakah pelajaran yang disebalik semua itu.” Pandanglah semua yang berlaku ke atas kita ada tujuan yang tertentu, maka barulah hidup kita sentiasa bertujuan. Kata ahli-ahli sufi, setiap yang berlaku dalam hidup ialah ‘mehnah’ – maksudnya didikan terus dari Allah.
Mereka berpendapat bahawa apa sahaja yang berlaku dalam hidup adalah ujian dan ujian itu hakikatnya adalah didikan terus daripada Tuhan. Ahli sufi menambah lagi bahawa jika manusia tidak mampu dididik melalui didikan terus dari Allah (mehanah) maka manusia tersebut tidak akan dapat dididik lagi oleh sebarang manusia lain. Inilah yang ditegaskan oleh Ibnu Attoillah, seorang sufi yang terkenal dalam buku-buku karangannya.
Jika seorang datang membuat kita kecewa, maka dia adalah ‘guru’ yang hendak mengajar kita erti sabar. Jika kita rasa kita sedang dikecewakan, itu menunjukkan kita sedang belajar untuk membina sikap tidak terlalu mengharap. Begitulah seterusnya dalam apa jua situasi dan masa, kita hakikatnya sedang belajar dan dididik.
Memang pada lahirnya, manusia, peristiwa dan kejadian yang sedang bertindak ke atas kita tetapi sedarilah hakikatnya semua itu adalah datang dari Allah. Semuanya berlaku dengan izin Tuhan, yang dengan itu DIA hendak mendidik kita. Maka terimalah didikan itu dengan baik.
Apakah sebenarnya yang menjadi ‘tujuan’ di sebalik pelajaran-perlajaran yang datang dalam hidup kita? Tujuan utamanya ialah untuk mengubah kita. Perubahan tidak dapat dielakkan justeru hidup adalah satu proses perubahan yang berterusan. Yang tidak berubah dalam hidup adalah perubahan itu sendiri. Perubahan sentiasa berlaku dan ia diluar kawalan kita. Kita tidak dapat mengawal hati ‘kekasih hati’ agar dia sentiasa setia.
Apa yang boleh kita ubah ialah diri kita sendiri. Jadi, berubahlah mengikut haluan dan kawalan kita sendiri. Jangan izinkan orang lain hatta kekasih kita mengawal hidup kita. Sehubungan itu, bijak pandai pernah berkata, “we cannot direct the wind but we can adjust our sail.” Ertinya, walaupun kita tidak boleh menentukan takdir yang menimpa tetapi kita diberi kuasa oleh-Nya untuk mentadbir diri kita.
Malangnya, ramai manusia yang ingin memegang takdirnya sendiri. Dia seolah-olah ingin jadi ‘Tuhan”. Dia ingin semua keinginannya tercapai. Mustahil, manusia hakikatnya lemah. Dia tidak boleh mengawal hati kekasihnya. Dia tidak boleh memastikan kesetiaan kekasihnya. Ingat, mencintai seseorang bukanlah bererti mengatur segala langkah dan perbuatannya demi cinta. Kita tak akan mampu!
Ringkasnya, ujian hidup datang dengan pelajaran, dan pelajaran itu datang bersama tuntutan perubahan. Jika sudah berkali-kali pelajaran disampaikan, tetapi masih tidak ada perubahan, maka itu bermakna remaja gagal dalam ‘sekolah’ kehidupan mereka. Frust cinta, hakikatnya adalah ujian yang ingin merubah kita untuk mula mencintai Allah.
Ingat, setiap kali sesuatu menimpa anda, samada baik atau buruk. Itu adalah pelajaran yang menuntut perubahan. Maka ubahlah diri kita selalu, ke arah yang baik, lebih baik dan cemerlang. Setiap detik, setiap ketika, ada sahaja peristiwa yang akan anda hadapi… maka belajarlah secara berterusan, dan berubahlah secara berterusan… Nanti anda akan mencapai kebaikan secara berterusan pula. Jangan sekali-kali menangguhkan pelajaran, nanti anda akan menangguhkan perubahan dan akhirnya menangguhkan datangnya kebaikan.
Belajarlah dari sekolah kehidupan semasa remaja lagi, supaya anda tidak diburu penyesalan apabila mencapai usia tua. Kata pepatah, “belajar sewaktu muda bagai melukis di atas batu, belajar sewaktu tua bagai melukis di atas air.” Teringat kata Dale Carnargie dalam bukunya Stop Worrying and start living, “jangan gergaji abuk kayu!” Dan itulah nasib orang tua yang tidak belajar semasa mudanya!
Kita perlu sedar, hidup ini bagaikan satu siri gelombang yang datang secara bergilir-gilir. Ada ketikanya, gelombang kecil dan tenang dan ada ketikanya gelombang itu besar dan ganas. Pada ketika gelombang itu ganaslah, semuanya terasa serba tidak kena. Tuhan menetapkan bahawa setiap manusia itu tidak akan mendapat kesenangan sahaja atau kesusahan sahaja.
Masing-masing daripada kita akan mengalami pasang-surut dalam hidup – ada masa senang, ada masa susah. Justeru dalam kehidupan ini, kita tidak boleh terlalu gembira kerana selepas kegembiraan itu mungkin muncul kesusahan. Begitu juga kita tidak boleh terlalu sedih bila kesusahan kerana mungkin selepas itu Allah swt datangkan perkara-perkara yang menggembirakan.
Kesedaran tentang hukum Sunnahtullah ini akan memberi ketenangan dalam hidup. Apabila kita ditimpa kesusahan, rasakan dalam hati… ya, selepas ini akan datang kesenangan. Sabarlah sebentar. Dan apabila datang kesenangan, kita tetap tidak alpa… ya, selepas ini akan datang kesusahan. Bersiap-sedialah. Hakikatnya, tidak ada kesenangan dan kesusahan yang abadi di dunia ini. Kehidupan adalah satu pergiliran antara senang dan susah yang berterusan…
Cabaran kita bukan untuk mengawal perubahan ‘cuaca’ kehidupan itu tetapi mengubah diri bagi menyesuaikan diri dalam setiap keadaan yang berubah-ubah itu. Fahamilah hakikat ini. Apabila kita frust dalam bercinta terimalah bahawa itu adalah hakikat hidup. Hidup bukanlah yang serba kena, serba senang dan serba mudah. Hidup tidak selalu indah, kerana di situlah keindahan hidup!
Sematkan di hati kata pujangga ini:Sesungguhnya orang yang berkali-kali gagal bercinta, pada suatu saat akan bertemu jua…cinta sejati yang ditunggunya!”

sumber:gentarasa.com

Wednesday 16 November 2011

MATAHARI TIMBUL DARI BARAT

Kisah Jason Perez memeluk agama Islam


Tayangan dokumentari yang bertajuk The New Muslim Cool menjadi isu hangat rakyat Amerika Syarikat.Dokumentari tersebut adalah mengandungi pengalaman rohani salah satu rapper negeri itu, Jason Perez – namanya bertukar menjadi Hamza Perez setelah masuk Islam dan pandangannya tentang agama.
Berikut adalah wawancara antara islamicbulletin.com dengan Jason:

Islamicbulletin: Bolehkah anda ceritakan sedikit tentang diri anda?
Jason: Saya lahir di Brooklyn, NY. Saya dibesarkan di sebuah perumahan di seberang jalan masjid. Ibu saya membesarkan saya di sana. Setelah saya besar, kami pindah ke Puerto Rico, dan setelah itu kami pindah ulang-balik antara Massachusetts dan Puerto Rico.

Islamicbulletin: Dapatkah anda menceritakan sedikit tentang pendidikan agama anda?
Jason: Ya, ibu saya Katolik. Tapi, nenek saya di Puerto Rico adalah Pembaptis. Selama sekolah, saya selalu di sekolah Katholik.


Islamicbulletin: Bagaimana anda boleh bertukar menjadi seorang Muslim?
Jason: Saya ada seorang rakan yang bernama Louie Ekuador. Kami membesar bersama, dan kemudian kami terlibat dalam penjualan dadah bersama-sama. Saya mencari kebahagiaan sebagai orang muda, tetapi saya tidak pernah menemuinya. Saya mencuba kehidupan jalanan dan dadah tapi itu hanya membuat saya menjadi lebih tertekan.
Meskipun kami berjaya mengumpulkan wang, tidak memberi kami perasaan atau kepuasan kebahagiaan. Satu hari, dia berjalan-jalan ke masjid, dan dia duduk di tangga. Seorang Muslim mendekatinya dan bertanya apa yang dia lakukan di sana dan mula berbicara kepadanya tentang Islam. Dan dia akhirnya menjadi seorang Muslim.
Kami tahu masjid ini kerana kami dibesarkan di jalan, tetapi kami tidak pernah tahu tentang Muslim dan ajarannya. Satu-satunya perkara yang kami tahu tentang mereka adalah bahawa mereka membunuh kambing. Jadi, dalam masyarakat, masjid mereka lebih dikenali sebagai tempat dimana kambing dibunuh. Jadi kita akrab dengan bangunan itu tetapi tidak benar-benar tahu tentang apa yang terjadi di dalamnya. Louise berakhir menjadi Muslim dan menghilang diri selama 40 hari. Dia pergi dengan Jemaah Tabligh menyebarkan Islam.
Namanya pun berubah, menjadi Luqman. Suatu hari Luqman datang berpakaian serba putih dengan seorang syekh bernama Iqbal. Kami sedang bermain dadu, minum, dan merokok saat itu. Tiba-tiba aku melihat sisi berbeza yang lahir darinya. Dia kelihatan lebih bercahaya. Saya boleh melihat perubahan dalam dirinya. Saya fikir, sesuatu yang serius telah terjadi dalam hidupnya.
Jadi, saya meninggalkan orang lain yang minum dan merokok dan berjalan ke arah mereka. Di sana, syekh bertanya apakah aku percaya bahawa hanya ada satu Allah. Aku berkata, “Ya.” Dan kemudian dia bertanya apakah saya percaya pada Nabi Muhammad. Terus terang, saya tidak pernah tahu tentang Muhammad SAW, tapi saya melihat cahaya dalam karakter dan wajah Luqman teman saya, jadi saya percaya. Semasa itu juga saya minta diajar mengucapkan syahadat, di tepi jalan. Adik saya yang menyaksikan, ikut pula bersyahadat.

Islamicbulletin: Bagaimana reaksi keluarga anda yang memeluk agama Islam?
Jason: Pada mulanya keluarga saya berasa sedih. Tetapi setelah mendapat tahu kami bebas dari dadah dan jauh dari kegiatan berbahaya lainnya, mereka menyukainya. Ibu saya sangat menyokong. Dia berfikir itu sangat positif. Saya pun menjadi lebih ambil berat kepadanya; Saya membantu dalam urusan keluarga dan melakukan apapun yang dimintanya.
Dulu sebelum menjadi Muslim, saya tidak pernah ambil kisah kepadanya. Perubahan dalam diri saya membuat kakak saya menjadi Muslim juga. Kemudian salah satu rakan saya menjadi Muslim. Lebih dari 55 orang yang kami kenali menjadi Muslim.
Kami kembali ke tempat yang sama kita gunakan untuk menjual dadah dan memasang papan tanda yang mengatakan, “HEROIN MEMBUNUH KAMU DAN ALLAH MENYELAMATKAN ANDA!” Jadi, anda tahu, ramai dari mereka dipengaruhi oleh Lokman. Termasuk saya.

T: Apakah anda pernah mendapat masalah dengan penerimaan Islam anda?
Jason: Pada awalnya, kerana saya baru menjadi Muslim, saya fikir saya harus mendengarkan setiap apa yang dikatakan seorang Muslim. Saya benar-benar tidak ada arah . Beberapa orang mengajar saya untuk melihat Muslim lain dan mengkritik umat Islam lain yang berjanggut panjang dan ‘pakaian aneh’ mereka.
Sampai kemudian di satu titik: mengkritik orang menjadi lebih kerap sementara mengingat Allah menjadi sedikit. Aku mulai kehilangan rasa manis yang saya alami ketika saya pertama kali menjadi Muslim. Kemudian saya melewati sebuah transformasi besar; HANYA MELIHAT KESALAHAN DIRI BUKAN KESALAHAN ORANG.

Islamicbulletin: Apakah anda melihat persamaan antara Islam dan agama-agama lain?
Jason: Ya, tentu saja. Ini semua berkair. Saya tahu siapa Jesus, saya melihat gambar yang dikaitkan dengannya, tapi saya tidak benar-benar tahu tentang Jesus selain Natal, dan ayat-ayat yang kita baca diarahkan kepada kita oleh para imam dan pendita. Kadang-kadang saya merasa kini saya menjadi pengikut Kristian dengan cara yang lebih baik setelah saya menjadi Muslim. Isa adalah NabiNya, bukan Tuhan.

T: Apa kesan yang Islam pada kehidupan anda?
Jason: Islam telah membuka mata saya untuk kesalahan saya sendiri. Sebelumnya, saya mempunyai satu perkara yang disebut nafsu. Saya tidak tahu tentang nafsu. Islam membuat saya sedar bahawa, di jalanan, anda selalu mencari musuh. Dan Islam mengajarkan saya bahawa, dalam perancangan untuk menemui musuh saya, saya harus melihat di cermin. Musuh saya adalah diri saya sendiri; NAFSU SAYA

Monday 14 November 2011

Peringatan Buat Diriku Yang Pelupa


PANDUAN MENDIDIK ANAK


1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan... tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari. (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan.
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

Wednesday 2 November 2011

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA 1432H

BERKORBAN APA SAHAJA, HARTA ATAU PUN NYAWA
ITULAH KASIH MESRA, SEJATI DAN MULIA
SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA 1432H


Friday 28 October 2011

Dengan Mengingati Allah Hati Akan Menjadi TENANG

Otak sebenarnya ialah satu himpunan aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi secara sempurna.
Ketika otak berfungsi, berlaku perubahan kimia di dalamnya yang melibatkan pergerakan ion-ion atau atom-atom yang membawa cas. Setiap hari empat belas juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan enam belas juta saraf tubuh yang lain.
Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas. Ukuran isyarat otak yang terhasil daripada aktiviti elektrik yang dikenali sebagai elektro-ensefalogram (EEG).
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah S.W.T, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.
Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.
Otak mula memahami perkara baru, melihat daripada perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedangkan sebelum berzikir otak tidak sebegini. Otak yang segar dan cerdas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalahScientific American, keluaran Disember 1993. Kajian dilakukan di University of Washington dengan menggunakan ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.
Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang kali, aktiviti saraf otak merebak ke kawasan-kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.
Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
Jika ia mengaitkan tentang kecerdasan otak, maka betullah sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Orang yang berzikir kepada Allah S.W.T ditengah-tengah orang yang lalai ibarat sebuah pepohonan yang hijau ditengah-tengah pepohonan yang kering.”
Oleh itu , saudara-saudaraku seislam, ketika saintis barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini sudah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.
Jadi tunggu apa lagi, jom zikir!

sumber: isuhangat.net

Tuesday 25 October 2011

BICARA BUKU

MUKA DEPAN
BELAKANG

PENERBIT : SASBADI SDN BHD

PENULIS : SHARIFAH MADINAH BT. SYED ABDUL RAHMAN

BIL MUKA SURAT : 304

TAHUN TERBIT: 2007

MULAI HARI INI, AKAN DIPOSTINGKAN ULASAN BUKU, DAN ULASAN BUKU YANG PERTAMA IALAH BUKU DI ATAS.

APA YANG MENARIK IALAH ULASAN MENTERI PELAJARAN PADA KETIKA ITU.

"Pengetua yang serba boleh-pengurus yang berkesan, motivator yang berazam tinggi, pemimpin yang berpengetahuan, guru disiplin yang mementingkan kebajikan, pengumpul dana yang cekap dan ketua yang mempunyai kemahiran perhubungan awam yang baik."


Dalam PRAWACANA ada ungkapan yang menarik perhatian saya. Penulis mengungkapkan "Cara seorang pengetua itu boleh sahaja memberikan inspirasi kepada guru-guru atau mungkin juga mengecewakan mereka"

Buku ini mengandungi 5 subtopik:-
  1. Uruslah diri anda dengan bijak
  2. Uruslah hubungan peribadi anda dengan realistik
  3. Uruslah guru-guru anda secara bijaksana
  4. Kendalikan pelajar-pelajar anda melalui motovasi
  5. Uruslah sekolah anda dengan berkesan.....BERSAMBUNG

Friday 21 October 2011

TAZKIRAH HARI RAYA MINGGUAN-ADAKAH AKU BERDOSA

Nabi saw. bersabda, "Sesungguhnya seorang hamba itu, apabila dia melakukan satu dosa, terbentuklah di dalam hatinya satu titik yang berwarna hitam, dan apabila si hamba itu meninggalkannya dan bertaubat, suci-murnilah hatinya. Dan jika dia kembali melakukan dosa, makin bertambahlah titik hitam itu sehingga titik hitam itu memenuhi hatinya." (HR At-Tirmidzi)

Nabi saw. bersabda: “Setiap anak Adam (manusia) mempunyai salah (dosa), dan sebaik-baik orang yang berdosa adalah mereka yang bertaubat.” [HR. at-Tirmidzi dan Ibnu Majah]

Firman Allah, 'Sesiapa yang mengerjakan amalan baik walaupun sebesar zarah, dia pasti akan melihatnya dan menerima balasannya. Dan sesiapa yang berbuat jahat walaupun sebesar zarah, dia pasti akan melihatnya dan menerima balasannya.' (Az-Zalzalah 7-8)


Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.
 

SEKADAR REKOD

RAHSIA YG ANDA TIDAK TERFIKIR !

BERHATI2 SEMASA BELI HP...

Untuk mengetahui status keaslian buatan telefon bimbit anda
► sila taip *#06# ► akan keluar IMEI [International Mobile Equipment Identity]
► semak nombor IMEI telefon anda di kedudukan 7 dan 8
... Contoh : 358671017470473
... Kedudukan ke 7 dan 8 ialah 01


02 atau 20 : dari China = KUALITI RENDAH
08 atau 80: dari Germany = KUALITI SEDERHANA
01 atau 10: dari Finland = TERBAIK
00 atau 03 atau 04: dari kilang asal = SANGAT TERBAIK
13 : dari Azerbaijan = SANGAT KURANG KUALITI DAN MERBAHAYA

Thursday 20 October 2011

JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4

21.10.2011 (JUMAAT) PKA Kertas 2 - 7.50 pagi-10.20 pagi
24.10.2011 (ISNIN)      PKA Kertas 1 - 7.45 pagi-9.15 pagi

SELAMAT BERJUANG..... BERJUANGLAH SEHINGGA KE TITISAN PELUH YANG TERAKHIR
"ILMU itu adalah CAHAYA, dan cahaya hanya dapat diterima oleh HATI yang khusyu' dan tawadhu'."

GOOD LUCK!

Tuesday 18 October 2011

Pesanan daripada Dato' Dr. Hj. Fadzillah Kamsah

Orang yang hebat, wujudnya membawa nilai tambah kepada orang di sekitarnya, kehilangannya amat dirasai dan diratapi. Untuk menjadi orang hebat yang berjaya mencipta MERCU TANDA KEHIDUPAN, kita kena berterusan cari ilmu, hayati, amalkan dan sebarkan ilmu kepada orang lain. Untuk orang kenang kita, maka kita wajib kenang jasa dan pengorbanan orang lain. Mari kita hargai guru-guru yang mendidik kita dengan sentiasa mendoakan mereka dan mohon Allah ampunkan dosa mereka dan ganjari segala khidmat yang mereka berikan. Orang yang gagal menghargai guru mereka, amat sukar untuk menjadi orang yang hebat sebab ilmu yang kita dapat ditakuti tidak berkat! Wassalam

Thursday 13 October 2011

FACEBOOK KHUSUS UNTUK PELAWAT

ANDA BOLEH BERHUBUNG DENGAN SAYA DGN fb:- Pka mesti A. TQ

GREEN TECHNOLOGY @ TEKNOLOGI HIJAU

Definisi Teknologi Hijau merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Teknologi Hijau merujuk produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut: ? Ia meminimumkan degrasi kualiti persekitaran; ia mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar; ia selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan; ? Menjimatkan tenaga dan sumber asli; dan ? Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui. Empat Tunggak Dasar Teknologi Hijau Negara • Tenaga - Mencari ketidakbergantungan tenaga dan mempromosikan kecekapan tenaga • Alam sekitar - Memulihara dan meminimumkan kesan kepada alam sekitar • Ekonomi - Meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi; dan • Sosial - Meningkatkan kualiti hidup untuk semua. Objektif Untuk mengurangkan kadar peningkatan penggunaan tenaga dalam masa yang sama meningkatkan pembangunan ekonomi; • Untuk membantu pertumbuhan dalam industri Teknologi Hijau dan meningkatkan sumbangannya kepada ekonomi negara; • Untuk meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan Teknologi Hijau dan meningkatkan daya saing dalam Teknologi Hijau di persada antarabangsa; • Untuk memastikan pembangunan mapan dan memulihara alam sekitar untuk generasi akan datang; dan   • Untuk meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap Teknologi Hijau dan menggalakkan penggunaan meluas Teknologi Hijau.

KEMAHIRAN INSANIAH @ SOFT SKILLS

KEMAHIRAN INI MESTI ADA PADA PELAJAR/GRADUAN MELAYU MUSLIM BAGI MENGHADAPI CABARAN GLOBALISASI DAN DAYA SAING.

Kemahiran Insaniah yang mesti ada pada setiap pelajar/graduan ialah seperti yang disenaraikan seperti di bawah:

1. Kemahiran Berkomunikasi
2. Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah
3. Kemahiran Kerja Berpasukan
4. Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
5. Kemahiran Keusahawanan
6. Etika dan Moral Profesional
7. Kemahiran Kepimpinan
8. Kesedaran Alam Sekitar

Friday 7 October 2011

Di antara cara nak rawat SAKIT ROHANI

1.Jaga solat 5 waktu
2. Solat taubat dan istighfar 70X sehari
3.Qada' solat yang tertinggal
4.Baca Quran
5.Maafkan orang dan mohon maaf
6.Cari ilmu berterusan dan cari guru yang mursyid
7. Berkawan dengan orang positive
8. Sedekah kepada yang memerlukan
9.Beri binatang makan
10. Beri khidmat kepada yang perlu bantuan
11. Cuci pinggan, tandas, dsbnya
12.Kekalkan wudu'
13. Puasa sunat
14. Sentiasa ingat mati
15. Hidupkan sunnah harian
16. Seru orang ke arah kebaikan
17. Tunaikan haji dan umrah. Mari kita amalkan agar rohani kita sihat dan kita selamat dunia dan akhirat. Wassalam (Tips dari Dato' Dr. Hj. Fadzilah Kamsah)

MUTIARA KATA @ SMTMT




Thursday 6 October 2011

"KEHEBATAN" IBU BAPA

Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah pernah berkata….. .
” setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada)”………. nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu…

Berdasarkan Hadith Nabi :
“Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari”
Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. …tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah
Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris….. . Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
InsyaAllah

Monday 3 October 2011

DEDIKASI UNTUK ISTERIKU

HAPPY BIRTHDAY. SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR, DIMURAHKAN REZEKI DAN HIDUP KITA DIRAHMATI ALLAH SWT,InsyaAllah. TERIMA KASIH KERANA MELAHIRKAN 3 PUTERA UNTUK ABI DAN INSYAALLAH ZURIAT YANG KE 4 AWAL TAHUN DEPAN. RAJIN-RAJIN MAKAN!

Lagu ini ditujukan untuk isteriku sejak dulu hingga kini. INGAT lagi tak!?
KHAS UNTUKMU

Duhai pendampingku
for the rest
Permata untuk isteriku

Friday 30 September 2011

TIP MENEGUHKAN IMAN (Peringatan buat diriku yang pelupa)

  1. BERSYUKUR apabila mendapat nikmat
  2. SABAR apabila mendapat kesulitan
  3. BERTAWAKKAL  apabila mempunyai perencanaan
  4. IKHLAS dalam segala amal perbuatan
  5. Jangan membiarkan HATI larut dalam kesedihan
  6. Jangan MENYESAL atas sesuatu kegagalan
  7. Jangan Putus Asa dalam menghadapi kesulitan
  8. Jangan hasad dan iri hati atas kejayaan orang lain
  9. Jangan sombong sekiranya memperoleh kejayaan
  10. Jangan tamak terhadap harta
  11. Jangan goyah dengan fitnah
  12. JAUHKAN DIRI dari DOSA-DOSA BESAR
  13. Jangan membiasakan diri dengan dosa-dosa kecil
  14. Banyak BERKUNJUNG ke MASJID
  15. Lakukan SOLAT FARDU pada awal waktu dan berjemaah di masjid
  16. Perbanyakkan ZIKIR dan DOA kepada ALLAH
  17. Jangan rasa takut kecuali hanya kepada ALLAH
  18. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan
  19. BERSATU padulah kerana ALLAH dan berpisahlah hanya kerana-Nya.
sumber:- MAJALAH SOLUSI isu 27

Wednesday 21 September 2011

DOA DHUHA


SEMOGA HIDUP KITA DIRAHMATI ALLAH DAN DILUASKAN REZEKI UNTUK KITA. SEBAGAI PELAJAR REZEKI KITA IALAH ILMU YANG BERMANFAAT DAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN YANG CEMERLANG, INSYAALLAH. GOOD LUCK UNTUK PELAJAR CIVIL AMBIL TRIAL JUMAAT NIE..... USAHA DAN DOA TANGGA KEJAYAAN. PK mesti A+

Monday 12 September 2011

Civil The GREAT

Cintailah ILMU sentiasa.
ILMU Penyuluh Kehidupan
Visi ILMU, Membezakan Yang Hak dan Yang Batil
Isikan dadamu, Wahai Muridku dengan ILMU setiap masa
Luaskan Pengalaman dengan mencari MAKNA sebuah kehidupan...........

That's CIVIL

Wassalam

Friday 9 September 2011

Lelaki Acuan Al-Qur'an

Lelaki Acuan Al-Quran
Ialah Seorang Lelaki Yang Beriman
Yang Hatinya Disaluti rasa Taqwa Kepada Allah SWT
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu
Lelaki Acuan Al-Quran
Ialah Lelaki
Yang Menjaga Tuturkatanya
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya
Yang PelindungYang Mempunyai Ramai Kawan
Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang Bersifat Jembalang
Lelaki Acuan Al-Quran
Ialah Lelaki Yang Menghormati Ibubapanya
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga
Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan
Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat
Lelaki Acuan Al-Quran
Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran
Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya
Lelaki Acuan Al-Quran Tidak Pernah Membazirkan Masa
Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
Yang Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan
Lelaki Acuan Al-Quran SentiasaMengingati Mati
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai
Dan Dijaga Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian
Lelaki Acuan Al-Quran
Ialah Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona Dengan Buaian Dunia
Kerana Dia Mengimpikan Syurga
Di Situlah Rumah Impiannya Bersama Wanita Acuan Al-Quran

Saturday 3 September 2011

Mohon Kemaafan

kepada semua student civil, saya mohon maaf kerana tidak dapat memasukkan nota kej. jalan kerana ada sedikit masalah teknikal yang tidak dapat diselesaikan. kepada yang selalu mengunjungi blog ni dan mengharapkan nota tersebut, saya mohon maaf sekali lagi.

teruskan berhari raya.....he he he

wassalam

Tuesday 30 August 2011

MUHASABAH DIRI

Tatkala kita dilahirkan kita menangis
ketika kita mati, orang menangis untuk kita
ketika kita bayi kita umpama kain putih yang tiada dosa
adakah dengan tibanya syawal ini kita telah kembali kepada fitrah
yakni suci dan bersih dari segala noda dan dosa
apakah dosa yang lalu diampunkan Allah Rabbul Jalil

Ya! kadang-kadang kita tidak ingin melakukan dosa
tapi desakan nafsu dan hasutan syaitan....
kita tetap melakukan dosa

Tetapi....ingatlah dengan sifat ArRahman dan ArRahim Allah
Dosa kita diampunkan

Kita perlu mempelajari ilmu HIKMAH ini
kerana manusia yang merasa berdosa akan memohon ampun
sedangkan manusia yang tidak merasakan berdosa atau
istilah lain tiada rasa apa-apa
merekalah orang yang rugi.....

Maka benarlah HIKMAH Allah menciptakan sesuatu itu berpasangan
Berani pasangannya takut
cantik lawannya hodoh
pandai kontranya dungu
sungguh hebat Yang Maha Kuasa
Disebalik musibah ada seribu HIKMAH yang terkandung

Manusia merungut jika hari hujan
manusia berbebel jika hari panas
jadi apakah kehendakmu wahai manusia

Percayalah jadilah kita insan yang berSYUKUR
InsyaAllah Allah merahmati kita

Hadirnya Syawal untuk kita muhasabah diri
adakah kita telah kembali pada fitrah
aku teringat kuliah di Rumahmu Ya Allah
Ustaz menyebutkan kepentingan zikir padamu Ya Allah

Fitrah manusia itu suci bersih
dan ia menjadi kotor apabila dinodai oleh nafsu dan godaan syaitan
dan bersihkanlah kekotoran itu dengan zikrullah

teringat bingkisan BEY ARIFIN dalam bukunya HIDUP SESUDAH MATI
Allah menganugerahkan nafsu supaya manusia berbeza dengan malaikat
dan Allah kurniakan kita dengan AKAL supaya dapat dibezakan manusia dengan haiwan
itulah HIKMAH disetiap penciptaan yang Allah lakukan

Ya Allah kembalikan aku pada fitrah yang suci pada syawal ini
berilah petunjuk dan hidayahMu padaku, ahli keluargaku, sahabat-sahabatku, murid-muridku dan semua muslimin
ampunilah dosa-dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami dan sekalian saudara muslim
aminnnn Ya Rabbal 'Alaminnnn....


Luahan rasa IMYMI
1 SYAWAL 1432H














SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1432H

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG DAN PEMINAT BLOG INI. MAAFKAN SEGALA KEKHILAFAN DIRI. KEPADA SEMUA MURIDKU..TERUSKAN PERJUANGAN....KERANA TIADA PERJUANGAN YANG SELESAI MELAINKAN PERGI KE RAHMATULLAH.....

Thursday 25 August 2011

Petua IMAM SYAFIE

4 PERKARA UNTUK SIHAT

4 perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

4 perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam


4 perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih



4 perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

4 perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

Once Upon A Time In China...Siapa Wong Fei Hung

Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagoan Kung fu dalam film Once Upon A Time in China. Dalam film itu, karakter Wong Fei Hung diperankan oleh aktor terkenal Hong Kong, Jet Li. Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung?

Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, Ahli Pengobatan, dan Ahli Beladiri legendaris yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun Pemerintah China sering berupaya mengaburkan jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga supremasi kekuasaan Komunis di China.

Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais. Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila di-bahasa-arab-kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong.



Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu pengobatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik pengobatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong). Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu tingkat tinggi. Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Macan Kwantung. Posisi Macan Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung.




Kombinasi antara pengetahuan ilmu pengobatan tradisional dan teknik beladiri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Karena itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati dan mengidolakan Keluarga Wong.

Pasien klinik keluarga Wong yang meminta bantuan pengobatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar biaya pengobatan. Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pasien yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah pandang bulu dalam membantu, tanpa memedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pamrih.

Secara rahasia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch’in yang korup dan penindas. Dinasti Ch’in ialah Dinasti yang merubuhkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.

Wong Fei-Hung mulai mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarinya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung sukses melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang legendaris. Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan andalan dari Hung Hei-Kwun, kakak seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang lolos dari peristiwa pembakaran dan pembantaian oleh pemerintahan Dinasti Ch’in pada 1734.

Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah Ch’in yang datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea). Jika saja pemerintah Ch’in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggris, Jepang), pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu niscaya akan berhasil mengusir pendudukan Dinasti Ch’in.

Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli pengobatan dan beladiri terkemuka. Bahkan ia berhasil mengembangkannya menjadi lebih maju. Kemampuan beladirinya semakin sulit ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktis namun efisien yang dinamakan Jurus Cakar Macan dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus.

Selain dengan tangan kosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata. Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berhasil menghajar lebih dari 30 orang jagoan pelabuhan berbadan kekar dan kejam di Canton yang mengeroyoknya karena ia membela rakyat miskin yang akan mereka peras.

Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai cobaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan mafia Canton. Wong Fei-Hung tiga kali menikah karena istri-istrinya meninggal dalam usia pendek. Setelah istri ketiganya wafat, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan juga ahli beladiri.

Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.

Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustad’afin (tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Siapapun dan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya.

Wong Fei-Hung wafat dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenal sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada seorang muslim selain mati Syahid. Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Alah Swt dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. Amin.

sumber:-http://tehsecawan.blogspot.com/2010/10/once-upon-time-in-china-siapa-wong-fei.html

Wednesday 24 August 2011

Tuesday 23 August 2011

Nasihat Luqman dalam SURAH LUQMAN

AYAT 12-19

12.Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu) dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.

13.Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa dia memberi nasihat kepadanya: Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.

14.Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

15.Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau dengan fikiran sihatmu tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.

16.(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.

17.Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.

18.Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.

19.Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.

Friday 12 August 2011

WASIAT LUQMAN KEPADA ANAKNYA....

25 PESANAN LUQMAN AL HAKIM
01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan
karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

02 - Orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.

03 - Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 - Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedang kan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 - Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang-orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bila mana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17 - Selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanyasebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

23 - Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak
dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain.Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau
makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu

Thursday 4 August 2011

UJIAN BERKALA 2 TAHUN 2011

SELAMAT BERJUANG WAHAI SEMUA PELAJARKU
PASTIKAN YANG TERBAIK DARI DIRIMU UNTUK DIRIMU
DAN BERDOALAH SEMPENA RAMADHAN INI.

SEMOGA KITA SEMUA DIRAHMATI DAN DILINDUNGI OLEH ALLAH, INSYAALLAH......