SESUNGGUHNYA HIDUPKU DAN MATIKU KERANA ALLAH S.W.T

Wednesday 28 November 2012

Catatan untuk anakku (sempena birthday abi hari ni)

Wahai anakku,
Kalau engkau kumpulkan seluruhnkasih sayangmu untuk kamu membalas kasih sayang ibubapamu, nescaya kamu tidak akan mampu melakukannya. Kerana kasih sayang seorang ayah dan ibu tidak akan terbalas oleh anak.

Wahai anakku
Ibubapamu menumpahkan kasih sayangnya kepada kamu semenjak kamu dalam rahim ibumu, sewaktu berita gembira ibumu mengandung, di saat itu terjelma perasaan gembira, kasih dan sayang yang teramat indah. Amat sukar untuk dicatat dan digambar melainkan kamu melaluinya.

Di saat itu kasih sayang ibu dan ayahmu terus membesar sehingga setiap hari ibumu akan mengusap perutnya, membelai dengan penuh kasih sayang. Betapa kamu terus membesar dalam perut ibumu, dan semangkin hari ibumu semangkin penat mengendongmu, membawa kemana sahaja dengan penuh kepayahan. Namun ia gembira mengendong bebanan kerana kasihsayang dan naluri keibuan yang tinggi.

Wahai anakku,
Seluruh harapan terkumpul sewaktu kelahiranmu, agar kamu lahir dengan sempurna, tiada sebarang kecacatan, tiada sebarang kekurangan. Berita gembira bilamana kamu dibawa kepada ibumu sejurus kamu dilahirkan, betapa hebatnya kasihsayang sewaktu ia memelukmu buat pertama kali, dia mencium kamu semahunya, dia melihatmu dengan tangisan kegembiraan, terasa seluruh kasihsayangnya mahu dicurah padamu. Seandainya disaat itu kamu ketahui, betapa tinggi dan murninya kasih sayang ibumu, nescaya kamu tidak sanggup mengangkat mukamu bila berbicara dengannya.

Wahai anakku,
Allah yang menurunkan wahyuNya mengingatkan anak agar mendoakannya " wahai Tuhanku, ampunkan dosaku dan dosa kedua ibubapaku dan kasihanilah mereka sebagaimana merek mengasihaniku sewaktu aku kecil". Kamu diminta mengigati saat kamu masih kecil, saat kamu dipeluk, dicium dengan penuh kasih sayang. Saat ibumu berjaga malam kerana demammu, di saat dia menyusumu dengan penuh kegembiraan. Di saat matanya bergenang air mata kasih sayang.

Wahai anakku,
Aku ungkitkan kesah ini kerana Allah menyuruh engkau sentiasa mengenang di saat itu, agar kita tidak melupainya. Agar engkau sentiasa menjadi anak soleh yang sentiasa memuliakan ibubapamu. Aku bangga denganmu kerana Allah telah memeliharamu dari sifat kasar terhadap ibubapamu. Semoga engkau akan terus menjadi anak soleh, berjaya di dunia dan akhirat. Amin ya Rabbal alamin.

Salam sayang....... Senyum selalu.
 
Wahai anakku,
Bagaimana hal kamu jika kamu menerima surat dari orang yang kamu sayang. Tentulah engkau membacanya dengan penuh perasaan kamu. Tentulah engkau akan mengulang ulangi bacaan itu, dan tentulah engkau akan cuba memahami setiap kalimah yang ditulis. Betapa hal kamu bilamana engkau menerima tisalah dari Tuhanmu, berapa kali kamu membacanya dan apakah kamu berusaha untuk memahaminya.

Wahai anakku,
Quran adalah risalah dari Tuhanmu. Jangan engkau biarkannya tanpa dibaca. Engkau sepatutnya rasa bersalah bilamana engkau membiarkannya lebih dari tiga hari. Ia pelembut hatimu. Membacanya berulang kal alan melembutkan jiwamu dan menambah kasihmu kepadaNya. Bacalah dan renugilah setiap kalimahnya, kerana ia adalah sebaik baik pengajaran. Ikutilah arahannya kerana ia sebaik- baik pertunjuk.

Wahai anakku,
Aku sangat dukacita melihat banyaknya alQuran yang langsung tidak diusik. Setiap kali engkau menghampirinya, ia meminta agar engkau mengambilnya. Andainya engkau rindu kepada Tuhanmu, bacalah kalimahNya. Dan andainya engkau ingin berbicara dengan Tuhanmu, hayatilah setiap kalimahNya.

Wahai anakku,
Janganlah engkau gopoh gapah sewaktu membacanya, kerana perbuatan itu menyebabkan engkau tidak merasai kemanisan setiap ayatnya. Renungilah hadis Rasulullah bilamana Baginda menyatakan setiap huruf diberi pahala oleh Allah. Maka setiap huruf mempunyai hak pada sebutannya dan hukumnya. Maka sempurnakan haknya nescaya engkau akan merasai kelazatan menyebut setiap kalimahnya.

Wahai anakku,
Jangan sesekali kamu terpedaya dengan bisikan syaitan yang membisikkan perasaan malasmu ntuk membaca Al Quran. Syaitan terkadang menanam perasaan tidak pandai membaca untuk menjauhkan kamu dari al Quran. Sedangkan emgkau membaca dengan mengeja satu persatu diganjar pahala dua kali ganda oleh Allah. Langaran itu berusahalah mempelajarinya. Jangan kamu merasa malu mempelajari Quran, kerana tiada manusia dilahirkan dalam keadaan alim.

Wahai anakku, aku sangat bahagia mendengar bergemanya al Quran dari suara anak-anakku. Kerana itu adalah hiburan yang amat indah yang akan mengundang rahmat Allah dalam rumah dan memberkati semua penghuninya. Janganlah engkau biarkan rumahmu bergema muzik, dan sunyi dari alQuran. Kerana rumah yang tidak dibacakan alQuran, dan sunyi dari zikrullah adalah kuburan.

Senyumlah nescaya Allah sayang padamu.
 
copyright: facebook Tuan Ibrahim Tuan Man

DATA AMALI

Sorry, pada sesiapa yang ternanti-nanti data ni..............
sebab saja jer hari birthday saya, so.... dapatlah jadikan ia istimewa hehehe
pada yang dah tengok blog ni @ data ni sebarkan pada kawan-kawan (yang berkenaan)

Panduan Umum

·         Senaraikan alatan

·         Tuliskan prosedur

·         Dapatkan data ujian/amali

·         Proses data (mengikut kesesuaian tajuk)

·         Buat kesimpulan

 

  1. Data Proba Mackintosh

 

Kedalaman (m)
Bilangan Hentaman
Bil. Hentaman Bertokok
0.0-0.3
127
 
0.3-0.6
96
 
0.6-0.9
81
 
0.9-1.2
77
 
1.2-1.5
83
 
1.5-1.8
88
 
1.8-2.1
75
 
2.1-2.4
85
 
2.4-2.7
105
 
2.7-3.0
120
 
3.0-3.3
190
 
3.3-3.6
201
 
3.6-3.9
216
 
3.9-4.2
400
 

 

  1. Data Ujian Speedy

 

No. Bekas
Bekas 1
Bekas 2
Bekas 3
Bacaan meter
8
15
20

 

 

  1. Data Ujian Penurunan(slump test)

-Ikut keputusan perbincangan kumpulan

- Pilih nisbah air simen yang sesuai

 

  1. Data Kerja Ukur

- Dalam pembikinan

Tuesday 23 October 2012

BUKU YANG MESTI DIMILKI














Buku ini menceritakan berkenaan suka duka cabaran sebagai pelajar. Ia nampak santai kerana diterjemahkan melalui bentuk soalan oleh pelajar dan jawapan oleh Prof. Muhaya @ Q&A.

Buku ini mendepani masalah pelajar dan siswa universiti berkenaan pembelajaran, pengurusan kewangan, kesihatan dan lain-lain. Ia nampak ringkas tetapi padat dengan ilmu-ilmu berguna.

Perkara yang 'menekan' hati saya ialah berkenaan aspek reset minda. Kita umat Islam seharusnya memiliki 'POWERFUL THINKING' bukannya positive thinking.
Saya percaya ia adalah hasil tulisan yang lahir dari jiwa penulis yang memiliki hati nurani yang ikhlas ingin mengubah persepsi pelajar terhadap sebuah kehidupan. Buku ini juga lahir dari sedikit sebanyak pengalaman penulis dalam mengikuti usrah diperingkat IPT. Oleh itu para pelajar MUSLIM, apabila melangkah ke IPT libatkanlah diri dalam aktiviti berfaedah seperti usrah ini. Majlis usrah mampu menambah ilmu dan memberi nilai tambah dalam diri pelajar. Tahniah kepada MONIE ZAIHARA BT. ZAILAN kerana memiliki buku ini atas pencapaian terbaik PKA tingkatan 5A3 untuk TRIAL SPM.

BACALAH! jangan tak baca. SEBAB ITU BUKU INI TERMASUK BUKU "MUST READ"









Jalan oh jalan

Selasa Oktober 23, 2012
Lori Lebih Muatan Rosakkan Jalan

PETALING JAYA: Lori lebih muatan mempercepatkan penggunaan jalan di negara ini, menyebabkan kerosakan bernilai jutaan ringgit untuk membaikinya setiap tahun.
Kementerian Kerja Raya menyatakan bahawa jalan raya sepatutnya bertahan sehingga satu dekad sebelum ia boleh diperbaiki tetapi sekarang memerlukan pembaikan besar dalam tempoh tiga tahun pertama kerana kenderaan lebih muatan.
Menterinya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata: “Jangka hayat jalan-jalan ini menurun kerana lebih muatan.”
Beliau sebelum ini dilaporkan sebagai berkata bahawa sejumlah RM747 juta dibelanjakan untuk penyelenggaraan jalan persekutuan di seluruh negara antara Januari dan Oktober tahun lepas.
Pengarah Jabatan Kerja Raya Sabah, Datuk John Anthony berkata, kenderaan lebih muatan adalah satu kebiasaan di negara itu, terutama lori yang membawa kelapa sawit.
“Mereka mengubahsuai kenderaan mereka secara haram bagi membolehkan lebih banyak muatan dengan tiga kali ganda daripada jumlah yang dibenarkan.
“Ia (muatan lebih banyak) semakin menjadi-jadi menyebabkan jalan lebih cepat rosak daripada kita memperbaikinya,” tambahnya.
Anthony berkata, kos untuk memperbaiki sebuah jalan yang rosak adalah antara RM1 juta dan RM2 juta untuk satu kilometer.
Membina jalan baru melibatkan kos antara RM3 juta dan RM4 juta satu kilometer, bergantung pada struktur tanah.
Sementara itu, Pusat Universiti Malaya untuk Penyelidikan Pengangkutan pula berkata, lebih muatan yang paling ringan juga boleh mengakibatkan kerosakan teruk kerana “hubungan antara jalan gandar kenderaan dan kerosakan jalan adalah bersamaan dengan kuasa empat”, kata pengarah pusat itu, Prof Dr Rehan Karim.
“Sebagai contoh, sekiranya sebuah lori mempunyai lebihan muatan cuma 1 peratus, kerosakan yang berlaku pada jalan adalah empat kali ganda,” tambahnya dalam satu temu ramah.
Dr Rehan dan kumpulannya membangunkan sistem “Berat dalam Pergerakan” automatik, di mana akan ditempatkan di jalan raya yang boleh mengenal pasti trak lebihan muatan dan tolok bagi lebihan muatan tambahan.
Kumpulan itu mengkaji mengenai lanjutan lebihan muatan berdasarkan jenis trak dan paras lebihan muatan.
“Kami mendapati terdapat separuh daripada bilangan trak yang terdiri daripada pelbagai kategori adalah lebih muatan dan membawa hampir dua kali ganda daripada had berat,” katanya.
Mengenai aspek keselamatan, Dr Rehan berkata, tambahan muatan akan memberi kesan pada dinamik sesebuah kenderaan.
“Lebihan muatan akan menyebabkan kegagalan mekanikal, memberi kesan kepada keupayaan pemandu untuk mengawal kenderaan,” tambahnya

sumber: mstar.com.my

Wednesday 10 October 2012

MAJLIS KONVOKESYEN DARUSSYIFA








LUAHAN RASA INSAN BIASA

Syukur padaMu Ya Allah

Memberi kesempatan mencari ilmuMu

Dari insan pewaris para nabi yakni para alim ulama

Terima kasih guruku

Dengan kecekalan hatimu menebarkan ilmu melata ke serata alam

Menebarkan cahaya menerangi bumi, syukur padaMu Ilahi

Semoga dengannya kita mendapatkan kebahagiaan duniawi dan ukhrawi

Semoga dengannya kita mendapat keredhaan dalam hidup ini

Kuberharap dengan ilmumu yang kauberi

Mampu mengurangkan azab ayahanda yang telah lama pergi

Dijemput ilahi dengan tangisan  aku mengiringi

Kerna dia ayahandaku guruku yang pertama mengajarkanku Al-Quran

Tapi aku insan biasa yang banyak berdosa pada ayahandaku

Dan padaMu Ya Rabb…………

Dengan ilmu yang kauberi

Kesedaran untuk mengenal diri, mencintai Rasulullah dan mencintai Yang Maha Kuasa

Kurasa semakin dekat dengan kekasihMu Ya Allah

Semoga kita semua mendapat syafaat darimu Ya Rasulullah, Wahai kekasih Allah

Terima kasih sekali lagi guruku………….

Ya Allah ampunkanlah segala dosa-dosa kami

Ya Allah ampunkanlah dosa kedua ibu bapa kami, guru-guru kami serta orang mukmin

Ya Allah kami mengharapkan keredhaan Mu

Ya Allah kami mengharapkan pengampunan Mu

Syukur Segala Puji Untukmu  Ya Allah (Alhamdulillah)

Selayaknya untukMu kerana mempertemukan aku dengan guruku (TG Haron Din)

Insan biasa,

Ibrahim bin mat yassin


Friday 10 August 2012

BUKU YANG MESTI DIMILIKI OLEH PELAJAR



Buku ini adalah catatan pengalaman seorang guru iaitu diri penulis sendiri (RAZALI SAARAN) melalui zaman pelajar sekolah, mahasiswa universiti yang mana pengalaman pahit dan manis dalam menimba ilmu. Beliau juga menitipkan petua dan motivasi untuk pelajar dewasa ini. Buku ini dibahagikan kepada 4 BAHAGIAN utama.

BAB 1- BICARA HATI
BAB 2- PETUA-PETUA MUDAH UNTUK PELAJAR
BAB 3- KESILAPAN-KESILAPAN PELAJAR
BAB 4 - CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG

Pertama kali menatap buku ini hati saya sudah tertarik dan apabila meneliti buku ini, hati ini berkata "BUKU MACAM INILAH YANG SAYA NAK TULIS" malangnya manuskrip judul buku saya LANGKAH KANAN PELAJAR CEMERLANG belum siap! Walaubagaimanapun isi hatiku telah diterjemahkan oleh Cikgu Razali dengan begitu baik! SYABAS CIKGU RAZALI. Untuk lebih mengenali beliau boleh akses www.teratakmuslim.blogspot.com

TAHNIAH juga kepada Nurul Azima Bt. Mohd Affandi kerana menerima HADIAH(buku ini) di atas PENCAPAIAN dalam PKA. Teruskan Usaha! PK mesti A!

Tuesday 7 August 2012

Tazkirah RAMADAN-KISAH IBLIS BERTEMU DENGAN RASULULLAH

KISAH IBLIS BERTEMU DENGAN RASULULLAH

Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Anshar, tiba - tiba terdengar panggilan seseorang dari lu...
ar rumah:

"Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan memerlukanku. "

Rasulullah bersabda : "Tahukah kalian siapa yang memanggil?"

Kami menjawab : "Allah dan rasulNya yang lebih tahu."

Beliau melanjutkan, "Itu iblis, laknat Allah bersamanya."

Umar bin Khattab berkata: "Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah"

Nabi menahannya :" Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, fahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik."

Ibnu Abbas RA berkata: Pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang tua yang cacat satu matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti rambut kuda, taringnya terlihat seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi..

Iblis berkata: "Salam untukmu Muhammad.... Salam untukmu para hadirin..."

Rasulullah SAW lalu menjawab : "Salam hanya milik Allah SWT, sebagai mahluk terlaknat, apa keperluanmu? "

Iblis menjawab : "Wahai Muhammad, aku datang ke sini bukan atas kemahuanku, namun kerana terpaksa."

"Siapa yang memaksamu? "

"Seorang malaikat utusan Allah mendatangiku dan berkata:

"Allah SWT memerintahkanmu untuk mendatangi Muhammad sambil menundukkan diri. Beritahu Muhammad tentang caramu dalam menggoda manusia. Jawablah dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah, andai kau berdusta satu kali saja, maka Allah akan jadikan dirimu debu yang ditiup angin."

"Oleh kerana itu aku sekarang mendatangimu. Tanyalah apa yang hendak kau tanyakan. Jika aku berdusta, aku akan dicaci oleh setiap musuhku. Tidak ada sesuatu pun yang paling besar menimpaku daripada cacian musuh."

ORANG YANG DIBENCI IBLIS

Rasulullah SAW lalu bertanya kepada Iblis: "Kalau kau benar jujur, siapakah manusia yang paling kau benci?"

Iblis segera menjawab: " Kamu, kamu dan orang sepertimu adalah mahkluk Allah yang paling aku benci."

"Siapa selanjutnya? "

"Pemuda yang bertakwa yang memberikan dirinya mengabdi kepada Allah SWT."

"Lalu siapa lagi?"

"Orang Alim dan wara'"

" Lalu siapa lagi?"

"Orang yang selalu bersuci."

"Siapa lagi?"

"Seorang fakir yang sabar dan tak pernah mengeluhkan kesulitannnya kepada orang lain."

"Apa tanda kesabarannya? "

" Wahai Muhammad, jika ia tidak mengeluhkan kesulitannya kepada orang lain selama 3 hari, Allah akan memberi pahala orang - orang yang sabar."

"Selanjutnya apa?"

"Orang kaya yang bersyukur."

"Apa tanda kesyukurannya ?"

"Ia mengambil kekayaannya dari tempatnya, dan mengeluarkannya juga dari tempatnya ."

"Orang seperti apa Abu Bakar menurutmu?"

"Ia tidak pernah menurutiku di masa jahiliyah, apalagi dalam Islam."

"Umar bin Khattab?"

"Demi Allah setiap berjumpa dengannya aku pasti kabur. "

"Usman bin Affan?"

"Aku malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya ."

"Ali bin Abi Thalib?"

" Aku berharap darinya agar kepalaku selamat, dan berharap ia melepaskanku dan aku melepaskannya. Tetapi ia tak akan mahu melakukan itu." (Ali bin Abi Thalib selau berdzikir terhadap Allah SWT)

AMALAN YANG DAPAT MENYAKITI HATI IBLIS

"Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku yang hendak solat?"

"Aku merasa panas dingin dan gementar. "

"Kenapa?"

"Sebab, setiap seorang hamba bersujud 1x kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 darjat."

"Jika seorang umatku berpuasa?"

"Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka ."

"Jika ia berhaji?"

"Aku seperti orang gila. "

"Jika ia membaca al-Quran?"

"Aku merasa meleleh laksana timah di atas api."

"Jika ia bersedekah?"

"Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji."

"Mengapa jadi begitu? "

"Sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya... Iaitu keberkahan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya."

"Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?"

"Suara kuda perang di jalan Allah."

"Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?"

"Taubat orang yang bertaubat."

"Apa yang dapat membakar hatimu?"

"Istighfar di waktu siang dan malam."

"Apa yang dapat mencoreng wajahmu?"

"Sedekah yang diam - diam. "

"Apa yang dapat menusuk matamu?"

"Solat fajar(subuh)."

"Apa yang dapat memukul kepalamu? "

"Solat berjamaah."

"Apa yang paling mengganggumu? "

"Majlis para ulama."

"Bagaimana cara makanmu?"

"Dengan tangan kiri dan jariku."

"Dimanakah kau menaungi anak - anakmu di musim panas?"

"Di bawah kuku manusia."


MANUSIA YANG MENJADI TEMAN IBLIS

Nabi lalu bertanya : "Siapa temanmu wahai Iblis?"

"Pemakan riba."

"Siapa sahabatmu?"

"Penzina."

"Siapa teman tidurmu?"

"Pemabuk.."

"Siapa tetamumu? "

"Pencuri."

"Siapa utusanmu?"

"Tukang sihir."

"Apa yang membuatmu gembira?"

"Bersumpah dengan cerai."

"Siapa kekasihmu? "

"Orang yang meninggalkan solat jumaat"

"Siapa manusia yang paling membahagiakanmu? "

"Orang yang meninggalkan solatnya dengan sengaja."

Iblis Tidak Berdaya Di hadapan Orang Yang Ikhlas

Rasulullah SAW lalu bersabda : "Segala puji bagi Allah yang telah membahagiakan umatku dan menyengsarakanmu. "

Iblis segera menimpali :" Tidak , tidak.. Tak akan ada kebahagiaan selama aku hidup hingga hari akhir. Bagaimana kau boleh berbahagia dengan umatmu, sementara aku boleh masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tak boleh melihatku.

Demi yang menciptakan diriku dan memberikan ku kesempatan hingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh, atau yang pintar, yang boleh membaca dan tidak boleh membaca, yang durjana dan yang soleh, kecuali hamba Allah yang ikhlas."

"Siapa orang yang ikhlas menurutmu ?"

"Tidakkah kau tahu wahai Muhammad, bahawa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas. Jika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku boleh pastikan bahawa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya. Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku."

IBLIS DIBANTU OLEH 70000 ANAK-ANAKNYA

Tahukah kamu Muhammad, bahawa aku mempunyai 70000 anak.. Dan setiap anak memiliki 70000 syaitan.

Sebahagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama. Sebahagian untuk menggangu anak - anak muda, sebahagian untuk menganggu orang - orang tua, sebahagian untuk menggangu wanita - wanita tua, sebahagian anak -anakku juga aku tugaskan kepada para Zahid.

Aku punya anak yang suka mengencingi telinga manusia sehingga ia tidur pada solat berjamaah. Tanpanya, manusia tidak akan mengantuk pada waktu solat berjamaah.

Aku punya anak yang suka menaburkan sesuatu di mata orang yang sedang mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur dan pahalanya terhapus.

Aku punya anak yang senang berada di lidah manusia, jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia khabarkan kepada manusia, maka 99% pahalanya akan terhapus.

Pada setiap seorang wanita yang berjalan, anakku dan syaitan duduk di pinggul dan pahanya, lalu menghiasinya agar setiap orang memandanginya.

Syaitan juga berkata, "Keluarkan tanganmu", lalu ia mengeluarkan tangannya lalu syaitan pun menghiasi kukunya.

Mereka, anak - anakku selalu meyusup dan berubah dari satu tempat ke tempat lainnya, dari satu pintu ke pintu yang lainnya untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas dari keikhlasan mereka.

Akhirnya mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa.

Tahukah kamu, Muhammad? Bahawa ada rahib yang telah beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya, sembuh seketika. Aku terus menggodanya hingga ia berzina, membunuh dan kufur.

Cara Iblis Menggoda

Tahukah kau Muhammad, dusta berasal dari diriku?

Akulah makhluk pertama yang berdusta.

Pendusta adalah sahabatku. Barangsiapa bersumpah dengan berdusta, ia kekasihku.

Tahukah kau Muhammad?

Aku bersumpah kepada Adam dan Hawa dengan nama Allah bahawa aku benar-benar menasihatinya.

Sumpah dusta adalah kegemaranku.

Ghibah (gosip) dan Namimah (adu domba) kesenanganku.

Kesaksian palsu kegembiraanku.

Orang yang bersumpah untuk menceraikan isterinya ia berada di pinggir dosa walau hanya sekali dan walaupun ia benar. Sebab barang siapa membiasakan dengan kata - kata cerai, isterinya menjadi haram baginya. Kemudian ia akan beranak cucu hingga hari kiamat. Jadi semua anak - anak zina dan ia masuk neraka hanya kerana satu kalimat, CERAI.

Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka lalai semasa solat. Setiap ia hendak berdiri untuk solat, aku bisikan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk, lalu ia manundanya hingga ia melaksanakan solat di luar waktu, maka solat itu dipukulkannya kemukanya.

Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia solat. Namun aku bisikkan ke telinganya 'lihat kiri dan kananmu',

Dia pun menoleh. Pada masa itu aku usap dengan tanganku dan kucium keningnya serta aku katakan 'solatmu tidak sah'.

Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam solatnya akan dipukul.

Jika ia solat sendirian, aku suruh dia untuk bergegas. Dia pun solat seperti ayam yang mematuk beras.

Jika dia berhasil mengalahkanku dan dia solat berjamaah, aku ikat lehernya dengan tali, hingga dia mengangkat kepalanya sebelum imam, atau meletakkannya sebelum imam.

Kamu tahu bahawa melakukan itu batal shalatnya dan wajahnya akan dirubah menjadi wajah keldai.

Jika dia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya hingga dia menguap dalam solat. Jika ia tidak menutup mulutnya ketika menguap, syaitan akan masuk ke dalam dirinya, dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia.

Dan diapun semakin taat padaku.

Kebahagiaan apa untukmu, sedang aku memerintahkan orang miskin agar meninggalkan solat. Aku katakan padanya, 'kamu tidak wajib solat, solat hanya wajib untuk orang yang berkemampuan dan sihat. Orang sakit dan miskin tidak, jika kehidupanmu telah berubah baru kau solat.'

Dia pun mati dalam kekafiran. Jika dia mati sambil meninggalkan solat maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan.

Wahai Muhammad, jika aku berdusta Allah akan menjadikanku debu.
Wahai Muhammad, apakah kau akan bergembira dengan umatmu padahal aku mengeluarkan seperenam mereka dari islam?


10 PERMINTAAN IBLIS KEPADA ALLAH

"Berapa yang kau pinta dari Tuhanmu?"

"10 macam"

"Apa saja?"

Aku minta agar Allah membiarkanku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan.

Allah berfirman, "Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak. Dan janjikanlah mereka, tidaklah janji syaitan kecuali tipuan." (QS Al-Isra :64)

Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba, aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah.

Aku minta agar Allah membiarkanku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan isterinya tanpa berlindung dengan Allah, maka syaitan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.

Aku minta agar boleh ikut bersama dengan orang yang menaiki kenderaan bukan untuk tujuan yang halal.

Aku minta agar Allah menjadikan bilik mandi sebagai rumahku.

Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku.

Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai Quranku.

Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku.

Aku minta agar Allah memberikanku saudara , maka Ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku.

Allah berfirman, "Orang - orang boros adalah saudara - saudara syaitan. " (QS Al-Isra : 27)

Wahai Muhammad, aku minta agar Allah membuatku boleh melihat manusia sementara mereka tidak boleh melihatku.

Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia.

Allah menjawab, "Silakan", aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebahagian besar manusia bersamaku di hari kiamat.

Iblis berkata : "Wahai muhammad, aku tak bolej menyesatkan orang sedikitpun, aku hanya boleh membisikan dan menggoda."

Jika aku boleh menyesatkan, tak akan tersisa seorangpun.

Sebagaimana dirimu, kamu tidak boleh memberi hidayah sedikitpun, engkau hanya rasul yang menyampaikan amanah.

Jika kau boleh memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini.

Kau hanya boleh menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara.

Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya. dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.

Rasulullah SAW lalu membaca ayat : "Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT " (QS Hud :118 - 119)

Juga membaca, " Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku" (QS Al-Ahzab : 38)

Iblis lalu berkata : " Wahai Rasul Allah takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering. Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para nabi dan rasul, pemimpin penduduk surga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin makhluk-makhluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. aku si celaka yang terusir, ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu. Dan aku tak berbohong."


Artikel Berkaitan : Kisah Syaitan dengan Nabi Muhammad s.a.w

#DIKUTIP DARI SYAJARATUL KAUN, DOKTRIN TENTANG PRIBADI MANUSIA PILIHAN, MUHAMMAD SAW, YANG DITULIS OLEH ASY-SYAIKH AL-AKBAR MUHYIDIN IBNU ARABI ABDULLAH MUHAMMAD BIN ALI BIN MUHAMMAD BIN AHMAD BIN ALI AL-HATIMI ATH-THA'I AL-ANDALUSIA), 17 RAMADHAN 560 H - 22 RABI'UTS-TSANI 63

Wednesday 25 July 2012

KERATAN AKHBAR



TAZKIRAH RAMADAN-KEAJAIBAN AIR ZAM-ZAM

Tidak ramai yang tahu bagaimana telaga zam-zam boleh mengeluarkan puluhan juta liter pada musim haji dan ia tidak pernah kering walaupun sekali.
Seorang pengkaji diperintahkan oleh raja Faisal untuk menyelidik telaga zam-zam bagi menjawab tuduhan liar seorang doktor dari Mesir.

Berapa Juta Liter Air Zam-Zam?

Berapa banyak air zam-zam yang di ambil setiap kali musim haji? Mari kita kira secara rambang, Jemaah haji yang datang dari seluruh pelusuk dunia pada setiap musim haji dewasa ini berjumlah lebih kurang dua juta orang.
Semua jemaah diberi 5 liter air zam-zam ketika pulang ke tanah airnya, jika 2 juta orang membawa pulang masing-masing 5 liter air zam-zam ke negaranya, ini sahaja sudah menjadi 10 juta liter.
Disamping itu sepanjang berada di Mekah dan kebanyakannya jemaah tinggal 25 hari dan setiap orang menghabiskan 1 liter sehari maka jumlahnya sudah 50 juta liter.
Keanehan Air Zam-Zam
Pada tahun 1971, seorang doktor dari Mesir mengatakan kepada akhbar di Eropah bahawa air zam-zam tidak sihat untuk diminum.
Pendapatnya berdasarkan bahawa kota Mekah itu ada di bawah garis permukaan laut, Air Zamzam itu berasal dari air sisa buangan penduduk kota Mekah yang meresap, kemudian mendap terbawa bersama-sama air hujan dan keluar dari telaga air zamzam.
Berita ini sampai ke telinga Raja Faisal yang kemudian memerintahkan Menteri Pertanian dan Sumber Air untuk menyelidiki masalah ini dan menghantar sampel air zam-zam ke Laboratorium-laboratorium di Eropah
untuk diuji.
Tariq Hussain seorang jurutera kimia yang bekerja di Institut Penapisan Air Laut untuk diminum di Jedah, mendapat tugas menyelidikinya.
Pada masa memulakan tugasnya Tariq belum ada gambaran bagaimana telaga air zam-zam boleh menyimpan air yang begitu banyak seperti tidak ada hadnya.
Ketika sampai di dalam sumur, Tariq amat terkejut apabila melihat bahawa ukuran “kolam” telaga itu hanya 18 x 14 kaki saja (Kira-kira 5 x 4 meter).
Tidak terbayang bagaimana telaga sekecil ini boleh mengeluarkan jutaan galen air setiap kali musim haji, dan ini berlaku sejak ribuan tahun yang lalu semenjak zaman Nabi Ibrahim AS.
Penyelidikan menunjukkan bahawa mata air zam-zam boleh mengeluarkan air sebanyak 11-18 liter air per saat, dengan demikian setiap minit 660 liter air akan dihasilkan, itulah yang mengejutkan.
Tariq mula mengukur kedalaman air telaga dan meminta pembantunya masuk ke dalam air, ternyata air telaga itu hanya mencapai sedikit di atas bahu pembantunya yang tinggi tubuhnya 5 kaki 8 inci.
Lalu dia menyuruh pembantunya untuk memeriksa, apakah mungkin ada cerukan atau saluran paip di dalamnya. Setelah memeriksa dari satu tempat ke tempat lainnya, ternyata tidak menemui apapun!.
Dia berfikir mungkin sahaja air telaga ini diambil dari luar melalui saluran pam berkapisiti besar, jika itu keadaannya maka dia boleh melihat turun-naiknya permukaan air secara tiba-tiba.
Tetapi dugaannya meleset, beliau tidak menemui gerakan air yang mencurigakan, juga tidak menemui ada alat yang boleh mendatangkan air dalam jumlah besar.
Seterusnya dia minta pembantunya masuk lagi ke dalam telaga, lalu menyuruh berdiri dan diam ditempatnya sambil mengamati sekelilingnya.
Perhatikan dengan cermat dan laporkan apa yang terjadi walau sekecil apapun, setelah melakukan proses ini dengan cermat, pembantunya tiba-tiba mengangkat kedua tangannya sambil berteriak:
“Alhamdulillah, Saya temuinya ! Pasir halus menari-nari di bawah telapak kakiku, dan air itu keluar dari dasar telaga”.
Lalu pembantunya diminta berpusing mengelilingi telaga ketika tiba masa pengepaman air (untuk disalurkan ke tempat pengagihan air) berlaku. Dia merasakan bahawa air yang keluar dari dasar telaga sama besarnya seperti sebelum tempoh pengepaman.
Aliran air yang keluar besarnya sama di setiap titik di semua kawasan, ini menyebabkan permukaan telaga itu stabil tidak ada goncangan yang besar.
Mengandungi Zat Anti Kuman
Hasil penyelidikan sampel air di Eropah dan Arab Saudi menunjukkan bahawa air zam-zam mengandungi zat fluorida yang ada daya efektif membunuh kuman, sama seperti sudah mengandungi ubat.
Lalu perbezaan air zam-zam dibandingkan dengan air telaga lain di Mekah dan sekitar Arab adalah dalam hal kuantiti kalsium dan garam magnesium.
Kandungan kedua-kedua mineral itu sedikit lebih banyak pada air zam-zam, mungkin sebab itulah air zam-zam dapat menyegarkan bagi jemaah yang keletihan.
Keistimewaan lain komposisi dan rasa kandungan garamnya sentiasa stabil sentiasa sama dari sejak terbentuknya telaga ini. Rasanya” selalu terjaga, diakui oleh semua jemaah haji dan umrah yang selalu datang setiap tahun. Boleh Menyembuhkan Penyakit Nabi saw menjelaskan: ”Sesungguhnya, air zam-zam ini air yang sangat diberkahi, ia adalah makanan yang mengandungi gizi”.
Nabi S.A.W. menambahkan: “Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail”.
(HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).
Rasulullah (S.A.W.) pernah mengambil air zam-zam dalam sebuah kendi dan bekas dari kulit, kemudian membawanya kembali ke Madinah dan Air zam-zam itu digunakan Rasulullah (saw) untuk memercikkan kepada orang sakit dan kemudian disuruh meminumnya.
Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di laboratorium Eropah, terbukti bahawa air zamzam memang lain dari yang lain. Kandungan airnya berbeza dengan telaga-telaga yang ada di sekitar Makah.
  1. Kadar Kalsium dan garam Magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan kesan penyembuhan.
  2. Air Zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.
  3. Yang juga menakjubkan adalah tidak ada sedikit pun lumut di telaga ini. Air Zam-zam sentiasa bebas dari pencemaran kuman.
  4. Ajaibnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan kering, telaga air zam-zam tetap berair. Dan air zam-zam memang tidak pernah kering sepanjang zaman.
Beberapa ulama fiqah mencadangkan agar jemaah haji membawa air zam-zam ketika pulang ke negaranya kerana air zam-zam boleh jadi sebagai ubat untuk penyembuhan.
Ini terbukti ramai jemaah dari negara umat Islam mahupun negara lain yang pernah merasakan keajaiban air zam-zam.

Thursday 19 July 2012

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1433H


MOHON AMPUN DAN MAAF SEKIRANYA ADA KESALAHAN dan KESILAPAN YANG SAYA LAKUKAN pada sahabat dan sahabiah.
AKU HANYA INSAN BIASA






Friday 22 June 2012

Menara Skytree kebanggaan rakyat Jepun


JIKA binaan tinggi pada zaman purba dicipta untuk mendekatkan diri dengan Tuhan, kini manusia menjadikan struktur yang sama sebagai lambang kuasa.
Maka tidak hairanlah, apabila manusia di zaman ini berlumba-lumba mencipta struktur sedemikian bagi membuktikan kehebatan dan menonjolkannya sebagai simbol kekuasaan mereka.
Kewujudan menara Skytree di tengah-tengah kota raya Jepun misalnya adalah contoh terbaik bagaimana ketinggian sesebuah bangunan mempamerkan kuasa.
Tarikh 22 Mei 2012 melakar sejarah baru menerusi perasmian menara Skytree di Tokyo, Jepun yang menjadi binaan kedua tertinggi pernah didirikan di atas muka bumi.
Walaupun siap lewat dua bulan daripada jadual asal ekoran tragedi gempa bumi dan tsunami yang melanda negara ini pada Mac tahun lalu, ia kini menjadi kebanggaan rakyat negara itu dan diiktiraf sebagai struktur kedua tertinggi selepas Burj Khalifa di Dubai.
Walaupun begitu, bagi kategori menara, Skytree kini berada di tempat pertama dunia dengan ketinggian 634 meter, memintas banyak menara lain antaranya menara Canton di Guangzhou (600 meter) dan menara Canadan National di Kanada (553 meter).
Ketinggian menara Skytree adalah dua kali lebih berbanding menara Eiffel di Paris.
Skytree yang bermakna Pohon Langit Tokyo dibina dengan kos sebanyak AS$806 juta (RM2.4 bilion), tidak termasuk kelengkapan telekomunikasi dan menggunakan hampir 580,000 tenaga kerja dalam proses pembinaannya.
Daya tarikan utama menara berbentuk jarum ini adalah dua struktur berbezanya iaitu pada aras ketinggian 350 meter dan 450 meter.
Ia juga menjadi daya tarikan baru kepada masyarakat dunia untuk mengenali Jepun.
Bukan sekadar menara biasa, menara Skytree juga menempatkan sembilan pejabat syarikat komunikasi, stesen radio serta saluran penyiar terkemuka Jepun iaitu NHK General TV, NHK Education TV, Nippon TV, Tv Asahi, TBS, TV Tokyo, Fuji TV dan Tokyo Metropolitan Television.
Lebih menarik, menara tersebut turut dilengkapi restoran dan balai cerapan.
Sebagai struktur binaan terhebat masa kini, pembinaan menara Skytree merampas dan mencipta 15 rekod dunia termasuk pencapaian paling hebat dalam sejarah pembinaan bangunan moden.
Ia diakui apabila berjaya mencipta kelainan daripada bangunan lain antaranya dilengkapi sistem yang mampu mengesan gempa bumi dan tahan gegaran.
Melihat pula reka bentuknya yang unik, menara Skytree menggambarkan tradisi yang ada di negara yang terkenal dengan penemuan teknologi baru itu, yang dibina berdasarkan gabungan futuristik dan keindahan tradisional Jepun.
Tapaknya yang berbentuk seperti tripod juga dilihat berbeza dengan menara lain yang ada di seluruh dunia.
Menara Skytree menjadi pelengkap kepada simbol kebangkitan baru terutama di bumi Jepun yang dilihat kian berani untuk mencipta sesuatu yang tidak pernah disangka oleh dunia.
Selain mewakili satu tamadun yang kembali bangkit, kewujudan menara Skytree juga menjadi petanda penting kepada kebangkitan Jepun dalam mewarnai kemajuan dan keajaiban dunia.
Tidak hairanlah, Jepun adalah negara yang sentiasa diintai segenap lapisan masyarakat di dunia untuk mempelajari formula kejayaannya selama ini

sumber : www.utusan.com.my

Tuesday 19 June 2012

35 LANGKAH PELAJAR CEMERLANG

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:

  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    • kita ingat 10% apa yang dibaca
    • kita ingat 20% apa yang didengar
    • kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
    • kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    • kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
  4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah). persekitaran kondusif.
    • pastikan cahaya adalah terang
    • kurangkan gangguan bunyi
    • tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    • tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    • kerusi dan meja menghadap kiblat
    • jangan lupa untuk senyum
  5. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
  6. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
  7. Tahu teknik merangsang memori:
    • memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    • menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    • mengingat kembali (recall)
    • menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
  8. Sentiasa awal dan mendahului:
    • persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
    • pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    • belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    • untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
  9. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
  10. Mempunyai teknik membaca yang betul:
    • duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
    • memberikan tumpuan sepanuhnya
    • menggunakan jari telunjuk untuk membaca
    • menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
  11. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
  12. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
  13. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
  14. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
  15. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
  16. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
  17. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
  18. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
  19. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
  20. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
  21. Tahu petua mengulang kaji:
    • cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
    • siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
    • duduk tegak dikerusi yang selesa
    • baca doa penerang hati
    • baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
    • fikir dan ingat kembali isi utama
    • catat/lakar
    • semak semula ketepatan maklumat
    • ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
    • buat rumusan
    • jawab soalan
    • tampal maklumat yang rumit di dinding
    • baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
  22. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
  23. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
    • jangan makan kepala ikan
    • jangan makan organ dalaman
    • jangan minum semasa makan
    • jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
    • jangan melihat kemaluan
    • banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
    • banyakkan makan kismis, kurma dan madu
    • banyakkan makan kekacang
    • pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
    • jangan makan sehingga terlalu kenyang
    • jangan kencing berdiri
  24. Tahu kemahiran mengingat:
    • tampal nota-nota penting di dinding
    • tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
    • gunakan kaedah akronim
    • reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
    • pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
  25. Cekap mengatur jadual belajar:
    • mempunyai jadual belajar
    • patuh kepada jadual
    • buat jadual yang boleh diikuti
  26. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
  27. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
  28. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
  29. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
  30. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
  31. Pelbagaikan tempat belajar.
  32. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
  33. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
  34. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
    • taat kepada Allah
    • mendirikan sembahyang
    • menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
    • hormati & sayangi guru
    • bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
    • suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
    • membantu rakan yang memerlukan
    • berdoa dan bersyukur kepada Allah
    • sentiasa bertawakal
    • mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)