SESUNGGUHNYA HIDUPKU DAN MATIKU KERANA ALLAH S.W.T

Friday, 24 January 2014

HIDUP ITU SATU PERJUANGAN @ aku pengembara

Janganlah pernah menyerah....... TERUSLAH BERJUANG
Hidup bukanlah satu tujuan....... MELAINKAN PERJALANAN
NIKMATILAH

Hidup adalah tentangan.......... HADAPILAH
Hidup adalah anugerah........... TERIMALAH
Hidup adalah pertandingan........ MENANGKANLAH
Hidup adalah tugas.......... SELESAIKANLAH

Hidup adalah cita-cita.......... CAPAILAH
Hidup adalah misteri........... SINGKAPLAH
Hidup adalah kesempatan......... AMBILLAH
Hidup adalah lagu........... NYANYIKANLAH

Hidup adalah janji........... TUNAIKANLAH
Hidup adalah keindahan.......... BERSYUKURLAH
Hidup adalah teka-teki........... PECAHKANLAH

Tuesday, 21 January 2014

BEDUK DIKETUK




Buku ini mengisahkan reality masyarakat Malaysia umumnya dan umat muslim khususnya. Ia juga adalah sindiran tajam ke atas masyarakat kita dalam memahami ilmu. Percaya atau tidak, kita menuntut ilmu daripada guru yang sama tetapi kefahaman berbeza!kenapa berbeza? jom kaji buku ini.
Dalam buku ini terdapat 35 beduk sebagai 'wake-up call' ke atas umat Islam dalam menghadapi zaman kebangkitan. Beduk yang sesuai untuk pelajar teknikal ialah beduk 11-seorang jurutera di atas bukit. Kejujuran dan keikhlasan sangat penting dalam menghadapi sebuah kehidupan. Apa makna kalau rumah besar,kereta besar dan segalanya serba-serbi besar tetapi semuanya tiada keberkatan!
Terlalu banyak untaian kata-kata hikmah dalam buku ini. TIDAK RUGI MEMBELI BUKU INI.
Berikut adalah kata-kata hikmah dalam buku ini

  1. Pendidik adalah golongan yang paling dekat dengan tugas para Rasul, kerana dia mendidik modal yang paling berharga-modal insan. (jika pelajar malas kita dorong, jika salah kita membetulkannya)
  2. Belajar kejituan tawakkal dan kegigihan ikhtiar daripada seekor semut.
  3. Solat-mesin modifikasi muslim.
  4. Dengan hati yang bersih sahaja kita dapat menguasai teknologi (hanya yang khusyuk dalam solat mampu memberi kesan kepada keperibadian)
  5. Hidup ikut syariat Islam, jaga aqidah, jaga akhlak. Hidup cara Islam. Itulah kaedah melawan Yahudi bukan setakat boikot barangan keluaranYahudi.
  6. Sinergi bermula dengan mendengar bukan didengar. Memahami dulu kemudian difahami.
  7. Orang besar kerap dikenali melalui bagaimana ia melayan orang  kecil yang tidak memberi keuntungan kepadanya dengan mulia dan baik.
  8. Setiap orang Islam mesti memperjuangkan Islam.
  9. Orang yang ikhlas itu KUAT HATInya
  10. Manusia yang lidah, hati dan dirinya sentiasa penuh dengan zikrullah maka kalimah zikir itulah yang terluncur keluar bila tiba saat kematiannya.
  11. Alangkah baiknya jika kita terlebih dahulu membakar selimut syaitan yang menghalang kita daripada bangun solat subuh berjemaah daripada berdemontrasi!
  12. Azan di angkasa lepas kita hairan, azan di muka bumi ini kita abaikan!
  13. Istiqamahlah kerana istiqamah itu lebih tinggi nilainya daripada karamah.
  14. KEKADANG KECINTAAN DAN KEFAHAMAN KITA TERHADAP ISLAM HANYA TIMBUL DENGAN ADANYA CABARAN DAN PERLECEHAN.
  15. Orang yang solat tidak akan sakit jiwa, stress dan tekanan emosinya terkawal.
  16. Kemungkaran bukan soal peribadi. Jika seorang melakukannya, ia memudaratkan orang lain.
  17. Di mana sahaja Islam sering disalahtafsirkan. Namun jangan pesimis dan kecewa. Itu bermakna peluang dan ruang untuk dakwah sentiasa terbuka!
  18. What you give, you get back. Itu hukum sunnatullah dalam hubungan sesame manusia. 


Friday, 17 January 2014

DOAKU-AMPUNKAN SEGALA DOSAKU YA ALLAH

KUMENATAP DALAM KELAM
TIADA YANG DAPAT KULIHAT
HANYA NAMAMU YA ALLAH

ESOK ATAU  KAH NANTI
AMPUNI SEMUA SALAHKU
LINDUNGI AKU DARI SEGALA FITNAH

KAU TEMPAT KUMEMINTA
KAU BERI KUBAHAGIA
JADIKAN AKU SELAMANYA
HAMBAMU YANG SELALU BERTAUBAT

AMPUNIKU YA ALLAH
YANG SERING MELUPAKANMU
SAAT KAU LIMPAHKAN KE DUNIAMU
DALAM SUNYI AKU BERSUJUD

ESOK ATAU  KAH NANTI
AMPUNI SEMUA SALAHKU
LINDUNGI AKU DARI SEGALA FITNAH

KAU TEMPAT KUMEMINTA
KAU BERI KUBAHAGIA
JADIKAN AKU SELAMANYA
HAMBAMU YANG SELALU BERTAUBAT

AMPUNIKU YA ALLAH
YANG SERING MELUPAKANMU
SAAT KAU LIMPAHKAN KE DUNIAMU
DALAM SUNYI AKU BERSUJUD






Sunday, 5 January 2014

Cinta akan Kalam ALLAH

Wahai anakku,
Pada suatu hari, ada seorang lelaki melalui sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Dia tetiba dikejutkan dengan suatu cahaya cukup bersilau terang terpancar dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. Pandangan itu sungguh cantik tapi juga merasa sedikit ketakutan dan berdebar.

Si lelaki terpegun seketika dan bertanya pada diri apakah kemungkinan kubur ...ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa? Apakah ia seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi tuhan? Jika tidak, mengapa kuburnya bercahaya? Si lelaki memberanikan diri dan mengambil sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu kerana ingin melawat kubur itu keesokan harinya.

Wahai anakku,
Pada keesokannya, si lelaki itu datang menyelidik kubur siapakah yang sangat ajaib itu. Dibisik di hatinya, “Mesti allahyarham ini seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau orang soleh yang terkenal…”

Si lelaki bertanya-tanya kepada orang kampung sekitar dan mendapati kubur itu adalah milik seorang lelaki tua yang meninggalkan seorang isteri di sebuah pondok di hujung kampung. Si lelaki tidak berputus asa dan terus menyelidik dan melawat rumah si mati. Di sana si lelaki terjumpa dengan isteri si mati dan diceritakannya perkara yang ajaib yang berlaku semalam.

Wahai anakku,
Mendengar cerita si lelaki, isteri si mati terasa aneh, terkejut dan kehairanan. Suaminya cuma seorang petani kecil. Tidak pernah seorang yang kaya, lagi bukan seorang ahli ibadah mahupun orang soleh. Juga bukan seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau orang soleh yang terkenal yang disangka si lelaki. Malah menurut isteri si mati, suaminya tidak pandai membaca Quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca Quran.

Si lelaki cukup hairan dengan penjelasan isteri si mati. Apakah beliau bermimpi melihat cahaya di kubur itu? Takkanlah orang yang tak baca Quran boleh bercahaya di kuburnya.

Wahai anakku,
Namun lelaki itu tetap tidak berputus asa. Si lelaki inginkan mencari jawapan di sebalik cahaya di kubur itu dan bertanya apakah perkara-perkara aneh yang si mati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya.

Lalu, isteri si mati menjawab, suaminya akan mengambil wuduk setiap malam sebelum tidur, dan bersendirian di dalam bilik. Setelah seketika, isteri si mati baru sedar bahawa setiap malam suaminya selepas mengambil wuduk akan mengambil al-Quran di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.

Si isteri si mati turut berkata suaminya akan duduk dan membelek al-Quran itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca. Diraba-rabanya ayat-ayat Quran itu di atas Quran dengan tangannya, seolah-olah sedang menyentuh dan membelai sesuatu yang sangat dikasihi. Malah kata isteri si mati, dia pernah dikejutkan tengah malam oleh rintihan dan desakan tangisan suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.

“Tapi suamiku seorang yang buta al-Quran,” terang isteri si mati.

Wahai anakku,
Mendengar penjelasan isteri si mati, si lelaki bertambah hairan. Lalu si lelaki bertanya, apakah yang dirintihkan dan dingangiskan si mati. Isteri si mati menjawab:

“Tuhanku! ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimahMu. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini.” “Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak mampu membaca kalimahMu. Aku tidak dapat bersahabat denganMu. Aku tidak dapat memahamiMu. Tapi aku sangat mengasihiMu. Aku sangat mencintaimu.”

“Wahai Kalam Allah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku dihadapan Tuhan di akhirat nanti.”

Malah, kata isteri si mati lagi, kadang-kadang suaminya tidak balik tidur bersamanya kerana tertidur di dalam bilik itu memeluk al-Quran dengan penuh erat.

Wahai anakku,
Mendengar penjelasan isteri si mati, si lelaki meminta izin untuk melihat al-Quran yang dimiliki suaminya.

Dibelek al-Quran itu, si lelaki terus bergenang air mata. Melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali cukup mengharukan. Dibisik di hati si lelaki, “Aku pun tidak sampai begitu membelek al-Quran.”

Si lelaki tidak dapat menahan air matanya apabila benar melihat ada bekas-bekas airmata di halaman Quran milik si mati. Benarlah apa yang diceritakan isteri si mati, suaminya sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.

Di hati si lelaki, terus tersenyum kerana beliau dah jumpa jawapan mengapa kubur itu bercahaya. Hati si mati telah bersatu dengan roh al-Quran. Dia sangat mengasihi kalimah Tuhannya dengan sesungguhnya dan perkara ini boleh dirasai si lelaki selepas membelek al-Quran milik si mati. Sungguh mulia si mati ini. Ini bererti ia mengasihi Tuhan dengan seluruh jiwa dan raganya.

Wahai anakku,
Aku sengaja menceritakan ini kerana bimbang kamu merasai buku Quran teramat berat untuk dibuka. Aku sangat berharap cerita di atas dapat membuka hatimu, menguatkan jiwamu dan meringankan tanganmu untuk mengangkat kalimah Allahmu untuk dibaca.
Wahai anakku,
Jangan sesekali kamu terpedaya dengan bisikan syaitan yang membisikkan perasaan malasmu untuk membaca Al-Quran. Syaitan terkadang menanam perasaan tidak pandai membaca untuk menjauhkan kamu dari Al-Quran. Sedangkan engkau membaca dengan mengeja satu-persatu diganjar pahala dua kali ganda oleh Allah.

Lantaran itu, berusahalah mempelajarinya. Jangan kamu merasa malu mempelajari Al-Quran, kerana tiada manusia dilahirkan dalam keadaan alim. Marilah kita bersama-sama menghidupkan al-Quran di dalam masjid kita, di dalam rumah kita, di dalam diri kita, sepanjang hayat ini. Senyum.
 
untuk 4 khalifah
Imran,ikram,ikhsan dan irfan