SESUNGGUHNYA HIDUPKU DAN MATIKU KERANA ALLAH S.W.T

Friday 26 April 2013

TAZKIRAH JUMAAT

Wahai anakku,
Seandainya kamu menyayangi seseorang, janganlah terlampau menyayanginya, kerana suatu hari mungkin engkau akan menjadi musuhnya. Demikian juga bilamana engkau membenci seseorang, janganlah engkau terlampau membencinya, mungkin suatu hari engkau akan menjadi kawan baiknya.

Kerana itulah , wahai anakku. kecintaan yang sepenuhnya hanyalah kepada Allah, kerana engkau tidak mungkin membenciNya dan Ia tidak mungkin membencimu. Apakah wajar bagi seorang hamba meletakkan kedudukan manusia yang dicintainya sama dengan kedudukan Allah dalam hatinya. Andai berlaku, ia telah meletakkan sesuatu bukan pada tempat yang wajar.

Wahai anakku,
Engkau boleh membenci atau memarahi seseorang sekadarnya. Kerana hatimu tidak mampu untuk terus berada dalam keadaan tidak gembira dengan perasaan marah dan benci itu.

Rasulullah .S.A.W hanya membenarkan kamu tidak bertegur dengan seseorang yang kamu marah tidak lebih dari tiga hari. Kerana bilamana ia melebihi tempoh itu, hatimu akan rosak dan syaitan akan akan merosakkan kasih. sayang pada hatimu, sehingga engkau akan turut membenci kepada orang yang ada dikelilingmu.

Wahai anakku,
Seandainya engkau marah kepada seseorang, maka doalah kebaikan dan petunjuk Allah kepadanya, kerana ia adalah sebaik penawar bagi hatimu. Engkau doa kebaikan saudaramu dibelakangnya, jauh lebih baik dari engkau menghadiahkan harta yang kamu sayang kepadanya.

Senyum........ Semoga Allah sayang pada orang yang kamu sayang

No comments:

Post a Comment