SESUNGGUHNYA HIDUPKU DAN MATIKU KERANA ALLAH S.W.T

Saturday, 30 November 2013

PENGUMUMAN! pengumuman! PENGUMUMAN!

Tingkatan 4-sesiapa yang belum mengambil set soalan kerja cuti sekolah sila datang ke SMTM pada 2.12.2013 pukul 2ptg-4ptg dan 03.12.2013 pukul 8- 9.30 pg.

Tingkatan 5-sesi kelas pecutan akhir spm 2013     2.12.13 pukul 2ptg-5ptg

PK MESTI A+

Friday, 15 November 2013

SELAMAT BERCUTI

TINGKATAN 4- SELAMAT BERCUTI dan jangan lupa study (kerja rumah buat tau)

TINGKATAN 5- BUAT YANG TERBAIK pada 3 Disember dan 5 Disember. Cikgu doakan yang terbaik buat kalian

Wednesday, 16 October 2013

AIDIL ADHA 1434H


PERKARA YANG PELIK DI MALAYSIA

1.  Aidilfitri lebih meriah disambut berbanding Aidiladha

2. Solat sunat hari raya jemaah sampai tak muat masjid... melimpah ke luar. Solat fardhu 1 saf penuh pun susah.

3. Masa menyembelih korban ramai orang di luar masjid... masa solat fardhu boleh kira pulak berapa orang

4. Cuti aidilfitri panjang... cuti aidiladha sehari sahaja (10 zulhijjah)

(PERINGATAN BUAT DIRIKU YANG SELALU LUPA)

Friday, 26 July 2013

RAMADHAN BANGKITKAN INTELEKTUAL UMAT ISLAM

"Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah." (Surah al-Baqarah, ayat 183)
Ada tiga asas penting dalam ayat ini selepas penyataan bahawa Allah menurunkan al-Quran dalam bulan Ramadan iaitu bagi:
  1. Menjadi petunjuk kepada sekalian manusia
  2. Menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk
  3. (Menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah
Ketiga-ketiga penyataan ini mempunyai signifikasi yang jelas mengenai fungsi al-Quran diturunkan kepada manusia melalui Rasul-Nya, Nabi Muhammad SAW.

Semuanya berkaitan dengan manusia dan semuanya melibatkan zahir dan batin manusia itu sendiri khususnya daya intelektual.
Ketiga-tiga elemen ini mengingatkan penulis kepada buku almarhum Prof Dr Syed Hussein Alatas yang khusus membicarakan mengenai golongan intelektual, Intelektual Masyarakat Membangun.
Istilah yang banyak digunakan dalam buku tersebut adalah ‘bebal' sebagai lawan kepada golongan intelektual, yang kemudian diungkapkan sebagai ‘bebalisme'.
Antara lain, dalam kata pengantar oleh anakanda Prof Dr Syed Hussein sendiri, Prof Dr Syed Farid Alatas menulis:
"Sepanjang kehidupan intelektualnya, Syed Hussein Alatas khuatir akan penguasaan masyarakat sedang membangun ‘oleh orang-orang bebal', iaitu, revolusi orang-orang bebal. Antara ciri-ciri orang-orang bebal termasuklah:

1. Ketidakmampuan menganalisis masalah,
2. ketidakmampuan menyelesaikannya jika masalah tersebut dikemukakan kepadanya,
3. ketidakmampuan belajar apa yang diperlukan,
4. ketidakmampuan belajar seni belajar, dan
5. tidak mengakui kebodohannya."
[lihat Syed Hussein Alatas, Prof. Dr. (2009), Intelektual Masyarakat Membangun, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, h xv]
Antara golongan yang dapat memanfaatkan al-Qur'an dan daya fungsinya ditetapkan secara mutlak oleh Allah adalah golongan intelektual itu, khususnya yang memahami dan berserah diri kepada hakikat Islam dan iman.

Orang bebal pastinya tidak memahami fungsi al-Quran atau meskipun mereka tahu, mereka tidak mahu mengambil manfaat.
Bukankah fungsi intelektual itu untuk membuahkan penyelesaian kepada masalah manusia di dunia dan akhirat berbasis kepada wahyu Allah, dan mengembalikan jiwa dan akal kepada perhambaan Allah yang mutlak?

Bukankah itu kebijaksanaan bagi seorang manusia yang mukalaf?
Ini dilengkapkan lagi apabila wahyu yang pertama diturunkan adalah Surah al-`Alaq ayat satu hingga lima.

Dan Allah memilih kalimah "iqra" (baca) sebagai kalimah berbentuk arahan (fi`il amar) kepada Rasulullah SAW.

Sebagai kalimah pertama dalam wahyu pertama, Rasulullah SAW malah terpaksa bersusah payah dipeluk dan dilepaskan sebanyak tiga kali sebelum kalimah tersebut benar-benar diajarkan kepadanya.
Persoalannya kenapa iqra? Kenapa tidak "Berimanlah (kamu wahai Muhammad)", "Islamlah (kamu wahai Muhammad)" atau "Sujudlah (kamu wahai Muhammad)"? Ya, kenapa iqra?
Fenomena Ramadan
Penulis pernah mencadangkan amalan yang sedikit berbeza, khususnya dalam tiga aspek iaitu solat tarawih, infak Ramadan dan tadarus al-Quran.
Dalam bab solat tarawih, khilaf sama ada lapan atau dua puluh rakaat bukanlah isu besar.

Ia sudah selesai lama dahulu dan dibahaskan oleh para alim ulama yang jauh lebih hebat daripada yang ada pada hari ini.

Namun ada beberapa elemen yang begitu istimewa dengan tarawih pada bulan Ramadan yang wajar dikaji dari perspektif yang sedikit berbeza.
Antara keistimewaan tarawih pada bulan Ramadan khususnya pada malam 10 terawal, antara fenomenanya, orang Islam yang entah daripada mana memenuhi masjid seluruh negara, malah seluruh dunia bagi melaksanakan solat sunat tarawih.
Tanpa ada paksaan, tanpa ada bayaran, tanpa didakwah oleh sesiapapun, tanpa mengira latar belakang pengajian, umur, rupa, jantina dan latar belakang kehidupan sosial, ramai yang teruja hendak ke masjid.

Malah sesetengah masjid atau surau terpaksa memasang khemah khas bagi menampung jemaah.
Ini fenomena yang hanya terjadi setahun sekali dan paling kritikal adalah 10 malam awal (barangkali terkesan dengan ungkapan - Ramadan awwaluhu rahmah).

Fenomena masjid yang penuh ini tidak boleh dibandingkan dengan solat Jumaat kerana solat Jumaat hanya lelaki sahaja yang ramai.

Namun 10 malam awal Ramadan; ayah, emak, anak kecil, anak remaja, datuk, nenek, cucu dan hampir semuanya teruja hendak ke masjid dan surau.
Namun, selepas habis 10 malam awal dan masuk malam ke-15 Ramadan, jemaah semakin surut mendadak khususnya di masjid-masjid yang melaksanakan solat sunat tarawih sebanyak 20 rakat tambah tiga solat witir.
Sayang, jemaah yang ramah dengan Ramadan dibiarkan berlalu kerana keegoan angka tarawih.
Psikologi angka
Muslim rata-rata malas solat. Apabila ditanya mereka bersetuju atau tidak secara umumnya orang Islam malas solat, jawapannya bersetuju walaupun malu-malu kucing.
Bahkan barangkali, ada yang terfikir setelah mendengar hadis mengenai Rasulullah SAW mikraj ke langit ketujuh bertemu Allah di sidratul muntaha untuk menerima solat.

Kemudian berlaku penawaran jumlah solat daripada 50 hingga jadi 5 rakaat atas nasihat Nabi Musa AS, Barangkali ada yang terfikir:

"Alangkah bagusnya Rasulullah SAW naik sekali lagi sebagaimana yang disarankan oleh Nabi Musa!"
Hujjatul Islam Imam al-Ghazzali RH pernah membayangkan dalam teka-teki berhikmah dengan murid-murid beliau.

Beliau bertanya apakah perkara yang paling ringan atas dunia ini, daripada jawapan seperti kapas, debu, bulu dan lain-lain daripada anak muridnya - solat menjadi jawapan.
Persoalannya, bagaimana mahu menyantuni orang Islam yang kurang rajin solat ini? Terletak pada jumlah angka solat yang mahu dilaksanakan.
Perlu difahami bahawa hadirin pada 10 malam awal daripada pelbagai latar belakang sosial, barangkali ada yang tidak pernah solat langsung.

Barangkali ada yang pertama kali datang masjid, barangkali ada yang terpaksa datang kerana baru berkahwin dan tinggal bersama mertua yang warak lagi suka ke masjid.
Macam-macam ada! Apakah kita mengharapkan mereka akan terus mahu dan seronok untuk menunaikan solat sunat tarawih 20 rakaat bersama dengan jemaah tegar masjid yang salih lagi warak?
Justeru, jika pada malam pertama imam terus mengumumkan bahawa masjid tersebut melaksanakan solat sunat tarawih sebanyak 20 rakaat dengan tiga witir, ternyata ramai yang mengeluh dan kedengaran ada yang berkata:

"Kita silap masjid. Sepatutnya kita pergi ke masjid sana."
Tapi jika imam mengisytiharkan, "Masjid kita hanya buat lapan rakaat sahaja", pastinya ramai yang tersenyum dan berasa tidak ada masalah untuk mereka menyelesaikannya.
Meskipun kemudian lapan rakaat tersebut dipenuhi dengan bacaan yang tartil oleh imam jemputan dan bagi setiap rakaat satu muka al-Quran yang menjadi hidangan jemaah.
Antara empat rakaat pula berhenti sejenak dalam 20-30 minit bagi pengisian tazkirah yang terfokus dan terpilih layaknya diatur dengan kemas dan strategik oleh pihak pengurusan masjid.
Ternyata, masjid yang buat 20 rakaat dan kebanyakannya dilakukan dalam keadaan yang agak tergesa dan laju, sama ada bacaan dan gerakan (malah ada imam yang membaca al-Fatihah senafas!) dibandingkan dengan masjid dan surau yang buat lapan rakaat dengan tiga witir namun tartil berserta tazkirah, yang manakah lebih bermakna dalam menyantuni manusia yang kurang rajin solatnya itu?
Itulah dakwah, menyantuni mad'u yang datang menyerah diri kepada Allah dengan hikmah bukan dengan keegoan angka dan kuasa.
 
Modul berkesan
"Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna)." (Surah al-`Ala, ayat 9)
Ada empat tempat dalam al-Quran memuatkan kalimah fa dhakkir (maka berilah peringatan). Memberi peringatan adalah tugas kenabian dan kerasulan.

Ia tugas dakwah yang diwarisi daripada para Nabi dan ulama salafus salih. Dalam kes tazkirah Ramadan, ia perlu strategik, sesuai dan berkesan kepada jemaah yang pelbagai latar tadi khususnya pada 10 malam awal.
KPI pengurusan masjid bagi memenangi hati para jemaah agar berasa seronok dan selesa berjemaah dan mengekalkan mereka sehingga 10 malam akhir, seterusnya menambah jumlah jemaah tetap.

Justeru beberapa perkara perlu dilakukan:
  1. Memberikan taklimat ringkas mengenai latar belakang sosial secara umum dan apakah objektif yang mahu diperoleh daripada tazkirah tersebut.
  2. Pastikan hanya ustaz yang benar-benar berkualiti ilmunya bagi menyampaikan tazkirah dan diyakini mampu membujuk dengan hikmah hati-hati jemaah untuk kekal di masjid.
  3. Pastikan ustaz diberi panduan fokus tazkirah yang perlu mereka sampaikan, sama ada tadabbur ayat al-Quran yang dibaca oleh imam tarawih, atau menghuraikan hadits tertentu.
  4. Mengingatkan pada ustaz ini agar menepati masa, paling maksimum 30 minit sahaja.
Dengan sedikit panduan ini, ustaz-ustaz akan lebih bersedia bagi menyampaikan tazkirah dan mereka juga akan berusaha memahami dan melakukan yang terbaik bagi menyantuni masyarakat yang pelbagai itu.

Pada 10 malam awal wajar dipenuhi dengan pentazkirah yang dengan lemah lembut memujuk dan menyiramkan hati jemaah agar dibasahi hikmah.
Menyampaikan kebaikan-kebaikan dan keindahan Islam kepada mereka melalui ayat-ayat al-Quran dan hadis sahih dengan mendatangkan cerita tentang keluasan rahmat Islam dan Allah.
Cerita-cerita daripada hadis, seperti cerita lelaki yang membunuh 99 orang tetapi akhirnya masuk syurga, kisah pelacur yang memberi anjing minum antara cerita yang wajar dikemukakan kepada jemaah.

Ini kerana cerita daripada hadis akan membibitkan rasa mengharap kepada rahmat dan rahim Allah Azzawajalla yang Maha Luas
 
@COPYRIGHTS ZAHIRUDDIN ZABIDI

Friday, 19 July 2013

Jumaat Penghulu Segala Hari


Assalamualaikum Wbth.

Hadis Nabi Tentang Kelebihan Hari Jumaat
...
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (HR Muslim).

Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya hari Juma‘at adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah Subhanhu wa Ta ‘ala iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jum‘at itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam ‘alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jum‘at juga akan terjadinya hari Kiamat”. (HR Ibnu Majah)

Rasulullah SAW berkata: “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (HR Hakim)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya harimu yang paling utama adalah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari itu, kerana selawatmu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana selawat kami ditunjukkan kepadamu sedangkan tubuhmu telah hancur? Rasulullah s.a.w. menjawab: Sesungguhnya Allah mengharamkan tubuh para Nabi bagi bumi (tidak hancur)." (HR Abu Daud, Nasa'i dan Ibnu Majah).

Rasulullah bersabda maksudnya : “Sesiapa yang berwuduk dan kemudian dia pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah dibacakan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jumaat itu dan hari Jumaat berikutnya”. (HR Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Pada hari Jumaat terdapat satu waktu, tidaklah seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Allah akan mengabulkannya. Carilah ia di akhir waktu selepas asar.” (HR Abu Daud)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur (soalan di dalam kubur). (HR At-Tirmizi)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat dan Ramadhan ke Ramadhan, semuanya adalah penghapus dosa-dosa di antara kedua-duanya selagi mana dijauhi dosa-dosa besar.” (HR Muslim)

Semoga bermanfaat untuk kita semua. Inshaa Allah."

Tuesday, 16 July 2013

TAMAR @ KURMA @ RUTOB


Kurma, buah paling berkhasiat dalam dunia

• Percayakah anda bahawa kurma tidak menyalurkan bakteria dan mikrob? Ulat yang ada di dalam kurma lama dapat memusna...hkan amuba dan membunuh bakteria yang mungkin menyerang manusia.

• Seandainya tidak kerana kurma dan kopi arab, nescaya penduduk Jazirah Arab akan diserang berbagai penyakit yang tidak diketahui hujung pangkalnya kecuali oleh Allah.

• Tahukah anda bahawa orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan didekati jin?

• Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita?

• Tahukah anda bahawa makanan dan ubat paling penting bagi para angkasawan adalah kurma?

• Tahukah anda bahawa buah kurma lebih sehat daripada kaviar?

• Tahukah anda bahawa sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit?

• Tahukah anda bahawa apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih?

• Tahukah anda bahawa kurma barhi dianggap sebagai eliksir bagi para pemuda dan di dalamnya tersimpan rahsia besar kerana ia dapat menggiatkan kelenjar dan menguatkan saraf?

• Tahukah anda bahawa setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, setara dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu?

• Tahukah anda bahawa sebutir kurma dapat membekalkan anda kalori yang cukup untuk aktiviti seharian dengan penuh semangat?

• Tahukah anda bahawa makanan paling baik yang digunakan oleh askar perang adalah kurma, kerana kurma membekalkannya dengan kalori, menguatkannya, dan menggiatkan kelenjar adrenal sehingga dia menjadi seorang yang berani dan tidak takut akan kematian?

• Tahukah anda bahawa terdapat sejenis pokok kurma yang mati seiring dengan kematian pemiliknya?

• Tahukah anda bahawa ada 1,450 jenis kurma di seluruh dunia?

• Tahukah anda bahawa kurma mengandung protein tumbuhan yang bagus dan mudah dicerna?

• Tahukah anda bahawa kurma mengandungi sejumlah vitamin, seperti vitamin A, vitamin B, vitamin C, biotin, riboflavin, dan lainnya?

• Tahukah anda bahawa kurma bermanfaat untuk mengubati kekurangan darah kerana ada kandungan zat besi dalam kadar yang tinggi?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat menguatkan rahim ketika melahirkan kerana mengandungi hormon pitosin yang berkhasiat mengatur proses melahirkan?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat mencegah keradangan kerana mengandung antiseptic dan antirematik?

• Percayakah anda bahawa kurma mengandungi kadar serat baik yang bermanfaat untuk membantu gerakan usus dan mencegah sembelit?

• Tahukah anda bahawa kurma dapat melindungi usus besar dari kanser?

• Tahukah anda bahawa kurma adalah penggekang nafsu makan?

• Tahukah anda bahawa jenis kurma yang kalorinya paling rendah adalah ‘ajwah Madinah, razizi, dan rabi’ah?

• Percayakah anda bahawa jenis kurma yang paling sesuai untuk mendapatkan tubuh yang ideal adalah Hulwah Ha`il, kerana setiap 100 gram darinya tidak mengandungi lebih dari 67 kalori?

• Percayakah anda bahawa jenis kurma yang paling banyak mengandungi mineral dan vitamin yang tinggi dari potasium dan besi adalah rabi’ah Madinah?

• Percayakah anda bahawa kurma adalah ubat bagi orang yang menderita kekurangan berat badan kerana kaya dengan tunggal-tunggal yang tidak memerlukan proses pencernaan?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat mengurangi ketegangan syaraf yang diakibatkan oleh aktiviti kelenjar tiroid yang melampau?

• Percayakah anda bahawa kurma adalah makanan yang mudah dicerna dan tidak memberatkan tubuh?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat mengurangi rasa lapar yang amat sangat pada orang yang berpuasa?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat menyediakan perut untuk menerima makanan dan mencegah konstipasi?

• Tahukah anda bahawa kurma dapat melancarkan kencing dan mencuci ginjal?

• Tahukah anda bahawa kurma dapat membersihkan liver dari racun dan meredakan pergolakan saraf?

• Tahukah anda bahawa kurma basah mengandung kadar gula tinggi yang mudah dicerna dan diserap seperti glukosa?

• Tahukah anda bahawa kurma basah dapat menurunkan tekanan darah bagi perempuan hamil dan menormalkannya ketika prakelahiran?

• Tahukah anda bahawa kurma basah dapat membersihkan usus besar (kolon) sehingga bermanfaat untuk membantu dan memudahkan proses melahirkan?

• Tahukah anda bahawa kurma dinamakan dengan manjam (tambang) kerana mengandung banyak unsur mineral seperti fosfor, kalsium, magnesium, besi, sodium, sulfur, dan klorin?

• Tahukah anda bahawa kurma terdiri dari 21% air, sejumlah besar vitamin, 2,1% protein, 18% lemak, 73% gula dan 3% serat?

• Percayakah anda bahawa kandungan kalori dari 1 kg kurma sama dengan kandungan 1 kg daging?

• Tahukah anda bahawa kandungan nutrisi 1 kg kurma mentah setara dengan 3 kg makanan lain?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat memelihara kelembaban dan kecerahan mata, serta menajamkan pandangan pada malam hari?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat melembabkan usus sehingga memeliharanya dari radang dan infeksi?

• Percayakah anda bahawa kurma membekalkan tubuh dengan zat besi yang diperlukan oleh darah dan fosfor yang membantu proses berfikir?

• Percayakah anda bahawa kurma menyuplai tubuh dengan panas dan vitamin yang membantu pertumbuhan dan menguatkan saraf?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat membantu menenangkan perasaan dan jiwa sehingga disarankan kepada orang yang berpenyakit saraf dan panas baran?

• Percayakah anda bahawa memakan kurma sebelum makan pagi dapat membunuh cacing?

• Percayakah anda bahawa kurma dianggap sebagai makanan paling baik di gurun sahara kerana dapat disimpan dalam masa yang lama tanpa ditimpa kerosakan?

• Percayakah anda bahawa kurma memainkan peranan yang baik dalam membersihkan zat-zat beracun yang dihasilkan oleh proses asimilasi bahan makanan dalam tubuh?

• Percayakah anda bahawa di antara penduduk Sahara dan Oasis tidak mengidap kanser kerana mereka biasa mengambil kurma sebagai makanan asas?

• Percayakah anda bahawa garam-garam alkali yang ada dalam kurma berfungsi untuk membetulkan kemasaman darah yang diakibatkan oleh pengambilan makanan-makanan berlemak yang melampaui batas?

• Tahukah anda bahawa kurma tidak mengandung zat-zat yang dapat menghalangi penyerapan zat besi?

• Tahukah anda bahawa kurma juga dapat meningkatkan daya serap dalam tubuh, khususnya pada anak-anak?

• Percayakah anda bahawa jenis zat-zat gula dalam kurma dapat diserap dengan cepat sehingga dapat terus sampai ke darah dan sel-sel tubuh?

• Percayakah anda bahawa kadar serat dalam kurma pada fase ruthab sekitar 2% dan meningkat hingga 4% pada kurma yang disimpan?

• Percayakah anda bahawa kurma mengandung fosfor dengan kadar yang lebih tinggi daripada kadar fosfor dalam apricot, pir, stroberi, dan anggur, dan bahwa dalam setiap 100 gram kurma terdapat 40 miligram fosfor?

Monday, 15 July 2013

Tazkirah Ramadhan untukk anak-anakku (IMRAN, IKRAM, IKHSAN, IRFAN)

Wahai anakku,
Ingatlah engkau bahawa berpuasa bukan pada makan dan minum sahaja, tapi keseluruhan anggota badan. Berpuasa adalah masa mengurangkan penghasilan air liur beracun yang mengeraskan hati kamu. Kerana di bulan ini,
kamu dilatih mengawal diri menghindari daripada segala yang buruk.
Di bulan mulia ini, janganlah biarkan perkataan yang buruk keluar dari bibirmu dan lidahmu. Jangan sesekal
i kamu membiarkan matamu melihat perkara yang kotor. Jangan cuba engkau salahgunakan mindamu untuk memikirkan benda yang tak senonoh. Dan jauhilah telingamu daripada mendengar perbualan yang tidak membawa kebaikan.
Wahai anakku,
Berpuasa adalah peluang untuk kamu belajar mengerti apa itu kesabaran. Bulan ini juga adalah peluang untuk kamu meninggikan kesabaran. Sesungguhnya sabar itu separuh dari iman. Jangan sesekali kamu berbual kosong di bulan ini apatah lagi meninggikan suaramu pada perkara yang tidak disukaimu.

Bawalah Quran bersamamu. Bukalahnya tatkala kamu lapang. Aku nasihatkan ini supaya masa singkat sebulan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh engkau untuk mendekatkan diri dengan Allah.

Wahai anakku,
Ambillah peluang di bulan mulia ini untuk bertaubat. Sesungguhnya bulan Ramadhan ini bulan terbaik untuk bertaubat. Ambillah kesempatan sebulan ini untuk memperkuatkan perisai dirimu daripada maksiat dan mengawal nafsumu. Kerana ketika berpuasa, mindamu akan sibuk menahan lapar dan dahaga sehingga tidak berupaya merayau tak tentu hala. Sesungguhnya ini adalah medan latihan terbaik buat kamu.

Wahai anakku,
Aku berkata semua ini supaya engkau dapat melihat betapa hebatnya cara Allah mendidik hambaNya. Aku berharap melihat engkau sentiasa berusaha mendekatkan diri dengan Allah. Bacaan al-Quran engkau dah berapa juzuk dalam bulan Ramadhan ini? Sekadar aku bertanya sebagai peringatan.
 
Senyumlah selalu.
 
Wahai anakku,
Beringatlah kamu terdapat dua lapis perisai, bagaikan sebuah rumah yang sudah berpagar elektrik kemudian digali parit lagi. Ini bagi menyelamatkanmu sekiranya terlanjur terlepas satu pagar, masih ada satu lagi pagar yang menyelamatkanmu.

Pagar pertama namanya makruh. Perbuatan makruh ini tak berdosa. Kalau engkau mendekatkan dirimu dengan benda yang makruh, ia bagaikan engkau terlep...
as pagar pertama (parit), maka yang engkau ada hanyalah pagar elektrik sahaja. Jika ribut nafsumu mengganas, dan tatkala itu ada pohon kayu yang tumbang atas pagar elektrikmu, maka terjebaklah kamu dalam perkara haram yang mengutip dosa.

Wahai anakku,
Ingatlah jika engkau biasa mendekati perkara-perkara yang makruh, kamu akan terasa ringan buat benda haram. Jika engkau menjauhi perkara-perkara yang makruh, nescaya benda haram payah untuk kamu laksanakan kerana iman di hatimu tidak mengizinkannya.

Namun ingatlah, ini tidak bermaksud kamu telah terselamat daripada kemungkinan melakukan perkara-perkara haram. Ia cuma menguatkan hatimu supaya engkau payah nak melakukan perkara-perkara yang tidak disukai Allah.

Wahai anakku,
Apabila engkau telah berbuat dosa, ingatlah yang penting kamu insaf dan mengenali itu adalah satu dosa dan cepat-cepatlah kamu bertaubat pada Allah. Cepat-cepatlah kamu kembali kepada Allah dan memohon kemampunanNya.

Jangan sesekali engkau tangguh lama-lama taubatmu - kerana syaitan akan datang membisik sehingga nafsumu mengawal mindamu dengan maksiat yang melalaikan dan menyeronokkan sehingga engkau dijangkiti lupa diri.

Wahai anakku,
Tabiatmu yang suka bersembahyang jamaah mesti sentiasa dijaga dan dipelihara. Tatkala imanmu masih kuat, jika sekali-dua kamu bersembahyang di rumah, kamu masih dapat merasai kenikmatan sembahyang bersendirian tidak sesedap bersembahyang jemaah.

Tapi jangan sesekali mencuba ia selalu, kerana kamu akan dikawal bisikan syaitan sehingga merasakan sembahyang bersendirian lebih nikmat rasanya berbanding solat berjamaah di masjid. Malah kemungkinan satu hari nanti, mindamu yang dibuai bisikan syaitan menyebabkanmu berasa malu dan malas melangkah pergi ke masjid ketika azan berkumandang. Wahai anakku, ambillah bulan Ramadan ini untuk menguatkan ketahanan dirimu daripada digoda bisikan syaitan.

Senyum.

Tuesday, 25 June 2013

Untuk Anak-anakku (hero-heroku)

Wahai anakku, Kehebatan seorang lelaki itu selama mana ia mampu menahan perasaan marahnya, bilamana ia gagal menahan kemarahannya, maka hilanglah kehebatan seorang lelaki itu. Manakala kehebatan seorang wanita itu terletak kepada setinggi mana perasaan malunya, bilamana hilang perasaan malunya, maka hilanglah kehebatan wanita itu.

Wahai anakku, Bukanlah kekuatan itu kamu tunjukkan kegagahan kamu di hadapan golongan yang lemah, sedang kamu gagal mengawal nafsu amarah kamu. Ketahuilah, keegoan itu akan lenyap darimu, bilamana kamu diusung ke kuburmu. Lenyapkan kesombongan kamu dengan membanyakkan pergaulanmu dengan golongan yang tawadduk, buanglah perasaan sombongmu dengan membanyakkan menghadiri pengkebumian, dan ambil iktibar dengan apa yang ada di atas kubur, lebih baik dari kamu mengharapkan iktibar setelah berada dalam kubur.

Wahai anakku, Janganlah kamu berjalan dengan angkuh dan kesombongan di atas muka bumi ini, kerana suatu hari kamu akan masuk ke dalam perut bumi. Janganlah engkau rakus dan perlahap dengan makanan, kelak kamu akan dibaham oleh ulat-ulat dan cacing di dalam kuburmu. Banyakkan mengingati kematian, itu petanda orang yang berakal, kerana sebaik-baik perancangan masa depan, ialah mereka yang merancang sekarang untuk menentukan apa yang akan diperolehi selepas kematiannya. Senyum.

Friday, 26 April 2013

TAZKIRAH JUMAAT

Wahai anakku,
Seandainya kamu menyayangi seseorang, janganlah terlampau menyayanginya, kerana suatu hari mungkin engkau akan menjadi musuhnya. Demikian juga bilamana engkau membenci seseorang, janganlah engkau terlampau membencinya, mungkin suatu hari engkau akan menjadi kawan baiknya.

Kerana itulah , wahai anakku. kecintaan yang sepenuhnya hanyalah kepada Allah, kerana engkau tidak mungkin membenciNya dan Ia tidak mungkin membencimu. Apakah wajar bagi seorang hamba meletakkan kedudukan manusia yang dicintainya sama dengan kedudukan Allah dalam hatinya. Andai berlaku, ia telah meletakkan sesuatu bukan pada tempat yang wajar.

Wahai anakku,
Engkau boleh membenci atau memarahi seseorang sekadarnya. Kerana hatimu tidak mampu untuk terus berada dalam keadaan tidak gembira dengan perasaan marah dan benci itu.

Rasulullah .S.A.W hanya membenarkan kamu tidak bertegur dengan seseorang yang kamu marah tidak lebih dari tiga hari. Kerana bilamana ia melebihi tempoh itu, hatimu akan rosak dan syaitan akan akan merosakkan kasih. sayang pada hatimu, sehingga engkau akan turut membenci kepada orang yang ada dikelilingmu.

Wahai anakku,
Seandainya engkau marah kepada seseorang, maka doalah kebaikan dan petunjuk Allah kepadanya, kerana ia adalah sebaik penawar bagi hatimu. Engkau doa kebaikan saudaramu dibelakangnya, jauh lebih baik dari engkau menghadiahkan harta yang kamu sayang kepadanya.

Senyum........ Semoga Allah sayang pada orang yang kamu sayang

Friday, 5 April 2013

TAZKIRAH JUMAAT


Wahai Anakku,

Jangan takut gagal. Jangan sesekali takut pada kegagalan. Jangan malu terhadap kesilapan diri sendiri. Dan jangan cepat mengkritik apabila orang lain tidak sempurna.

Kerana itu akan menyebabkan anakanda mengelak situasi di mana anakanda tidak mampu mengawal keputusan dan mempunyai jaminan kejayaan sehinggakan anakanda tidak mengerti makna sebenar kehidupan ini.
...
Wahai Anakku,

Kegagalan tidaklah menakutkan.

Kegagalan ini sebenarnya adalah baja.

Daripada anakanda terlalu sedar akan kesilapan diri sendiri, mengapa anakanda tidak melihat kesilapan sebagai satu peluang untuk belajar, medan penambahbaikan dan meneruskan usaha?

Daripada anakanda melihat kegagalan sebagai alasan untuk berputus asa, bukankah lebih baik anakanda mengambil kegagalan sebagai tapak untuk membuat lonjakan semula?

Wahai Anakku,

Tiada apa yang perlu ditakutkan dengan kegagalan.

Kegagalan bukan petanda anakanda sudah gagal. Kegagalan sebenarnya bermaksud anakanda maju setapak lagi untuk mendapat jawapan yang betul.

Begitu juga pada kegagalan orang lain. Bukankah lebih baik jika anakanda memandangnya sebagai satu langkah progresif untuk mencapai cita-cita mereka?

Wahai Anakku,

Jangan takut membuat silap.

Mudah petuanya untuk tidak membuat silap. Anakanda jangan buat apa-apa dalam hidup ini, maka anakanda seumur hidup ini anakanda tak akan buat kesilapan.

Tapi ironinya, anakanda, ayahanda tahu ‘tidak membuat kesilapan’ adalah kesilapan terbesar bagi makhluk bernama manusia.

Wahai Anakku,

Semua baikpun ahli perniagaan, sukan, artis dan pemimpin telah menggunakan kegagalan sebagai baja mereka.

Mereka memilih untuk tidak berasa takut pada kegagalan. Sebaliknya mereka menyedari bahawa kegagalan adalah penting untuk mencapai cita-cita mereka.

Yang penting, anakanda belajar dari kesilapan dan tidak mengulanginya. Orang yang sentiasa mengulangi kesilapan yang sama adalah kegagalan yang sebenar.

Ayahandamu.

Senyum.

Tuesday, 19 March 2013

MADU TIGA

Ø Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :
1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan

... Ø Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg :
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam

Ø Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang :
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran

Ø Ada 3 Hal yg paling berharga :
1. Kasih Sayang
2. Cinta
3. Kebaikan

Ø Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :
1. Kekayaan
2. Kejayaan
3. Mimpi

Ø Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg :
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras

Ø Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus

Ø Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki
2. Umur
3. Jodoh

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI :
1. Tua
2. Sakit
3. Kematian.

Ya اللّÙ‡ , sahabatku yg membaca ini adalah sahabat yg soleh, kuat, sabar, pengasih & penyayang - maka sayangilah dia serta kasihilah dia, bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh badannya, jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan & lancarkan segala pekerjaannya..

Kirimlah kpd sahabat-sahabat yg kamu SAYANGI..

Hidupmu juga akan bahagia kerana mereka juga mendoakanmu..amin

Monday, 18 March 2013

Ingatlah 10 Petua Kehidupan ini sepanjang masa

Ingatlah 10 Petua Kehidupan ini sepanjang masa. Tatkala ayahanda dan bonda tiada, 10 petua ini boleh membantu anakanda menempuh cabaran dunia Allah untuk mencapai kecemerlangan di akhirat.

1. Jangan jauh dengan Allah. Dekati Allah dengan membaca Quran sekurang-kurangnya 3 hari sekali.

2. Jaga air liur. Cakap, dengar dan baca perkara baik selalu supaya air liur yang dihasilkan adalah baik dan ditelan selalu. Mengumpat dan perkataan ‘cuba’ adalah racun yang menjurus kepada perasaan negatif.

 3. Perkara lepas biarlah ia berlepas supaya ia tidak mengganggu masa depan.

 4. Tidak perlu menyibuk dengan pandangan orang lain.

5. Jangan selalu ingat masih ada banyak masa. Ingat mati tiada syarat tua, mati juga tiada syarat sakit.

 6. Jangan fikir terlalu banyak. Memang ada jawapan yang kita tidak akan ketahui. Tapi jawapan akan datang secara tidak sedar.

 7. Tiada orang yang boleh mengawal minda anda, selain anda. Sepertimana kegembiraan dan kesedihan anda.

 8. Sentiasa memberi tanpa mengharapkan pulangan. Anda akan mengecapi nikmat terbesar sebagai seorang manusia dan mengerti perbuatan memberi akan mendatangkan pahala dan kegembiraan terbesar di hati.

 9. Jangan fikir terlalu banyak dan kurangkan berenung. Buat sahaja apa yang patut tanpa putus asa. Jangan menghina Allah dengan menyatakan kegagalanmu adalah takdir-Nya tatkala anda malas, kurang berusaha dan mudah berputus asa.

 10. Senyum selalu. Bukan anda seorang sahaja yang ada masalah. Dan sebenarnya masalah anda cumalah mainan minda anda. Yang ada hanyalah cabaran sementara.

Dari ayahandamu.

Friday, 8 March 2013

Pentingnya peranan JURUTERA AWAM


Laluan Flyover yang sedang dibaikpulih (dibina) telah runtuh, di laluan Putrajaya Link selepas Plaza Tol Putrajaya Lebuhraya Elite berhampiran Selangor Science Park 2 pada tengahari tadi.
Sebelum ini sudah lama fylingover tersebut di buat lencongan dibuat dan tidak membenarkan pengguna menggunakan jambatan tersebut setelah terdapat rekahan kat bawah jambatan

Thursday, 7 February 2013

Untuk Anakku dan anak muridku

Wahai anakku,
Bersyukurlah bilamana kamu dipilih oleh Allah berada dalam perjuangan bagi menegakkan agamaNya, sedang engkau bukanlah orang yang terbaik. Bersyukurlah kerana penggabungan ini. Lihatlah dikelilingmu, renungilah sahabat dan mereka yang bertungkus lumus siang malam bagi membantumu dalam perjuangan ini. Mereka sedia berkorban harta yang mereka miliki dari penat lelah seharian mencari rezki bagi memenangkan perjuangan ini.

Wahai anakku,
Janganlah engkau khianati perjuangan kerana engkau tidak akan selamat dari cercaan dan tohmahan manusia. kenanglah di saat mana seluruh orang- orang tuan menadah tangan setiap malam, merayu agar Allah memenangkan perjuangan ini. Engkau dirai bagai pengantin dan pahlawan. Mereka memandangmu dengan penuh kasih sayang, harapan dan keinginan agar engkau berjaya. Mereka sanggup memecahkan tabung bagi membantumu dikala kamu susah ketiadaan wang, ibu- ibu miskin sedia menanggalkan gelang bagi membantu perjuangan ini, sedang anak- anak muda sedia berjaga malam demi memenangkan perjuangan.,

Wahai anakku,
Aku ungkitkan semua ini kerana terkadang silauan dunia akan melupakan kamu dari hakikat hidup yang pernah kamu lalui. Bilamana bertukar kawan- kawan sekelilingmu dari orang kampung yang keras tapak tangan, berkematu dek kepayahan membanting tulang mencari sesuap nasi menanggung anak isteri dan perjuangan; mungkin kini engkau tidak lagi dilingkungi oleh mereka. Di saat engkau semakin kehilangan mereka dalam hidup dan masa depanmu, jangan sesekali kamu mengkhianati mereka.

Wahai anakku,
Perjuangan ini sangat panjang dan penuh dengan mehnah dan tribulasi. Aku sering menadah tangan berdoa agar Allah tidak menguji aku dengan sesuatu yang tidak mampu aku hadapi. Aku sering memohon keampunan Tuhanku agar dia sedia mengampuni dosaku yang banyak ini, dan menegakkan kakiku dalam perjuangan. Kerana tiada satu jaminan istiqamah dalam perjuangan ini melainkan rahmat Allah.

Wahai anakku,
Bilamana aku menasihatimu, bukanlah kerana aku tidak yakin kepadamu. Tetapi aku sekadar mengigatkan kamu kepada apa yang boleh melekakan kamu. Tentulah kamu ingat akan hadis Rasulullah S.A.W, maksudnya " apabila Allah ingin membinasakan seekor semut, maka Dia akan menumbuhkan sayapnya". Semut sangat bangga memperolehi sayap, dia rasa hebat boleh terbang keluar dari busut yang melindunginya berbulan- bulan namun bilama ia terbang sahaja keluar, maka ia terdedah kepada kemusnahan dan kebinasaan.

Wahai anaku,
Bersahabatlah dengan orang miskin, engkau akan bersyukur. Bersamalah dalam majlis ilmu, engkau akan mendapat suluhan cahaya petunjuk, bergaullah dengan para abid, engkau akan terpelihara amalanmu, berkawanlah dengan orang yang soleh, kamu akan terkena kebaikannya. Doalah kebaikan sesaorang yang membencimu, nescaya kamu mengecewakan syaitan yang ingin merosakkan pergaulanmu.

Wahai anakku,
Lebih banyak engkau bersangka baik kepada sahabatmu, lebih tenang jiwamu, lebih ikhlas pergaulanmu, dan akan bertambah rahmat Allah ke atas kamu. Namun bilamana menebal kebencianmu, akan pudar cahaya uhkwahmu, akan terserlah keburukanmu, dan syaitan akan gembira dengan tindakanmu.

Senyumlah kerana Allah menciptamu dengan kasihsayangNya