Wednesday, 23 May 2012
Thursday, 17 May 2012
TEKS UCAPAN YAB TPM @ MENTERI PELAJARAN SEMPENA HARI GURU 2012 (GURU INOVASI)
GURU BERKUALITI, GURU BERINOVASI
Saudara dan saudari yang saya hormati,
Dalam menempuh era globalisasi yang semakin diwarnai oleh ekonomi
berteraskan ilmu dan inovasi, maka pada hemat saya, guru yang berkualiti
adalah guru yang berinovasi. Izinkan saya memberi sedikit huraian tentang apa
yang dimaksudkan dengan guru berinovasi. Pada pengamatan saya, guru
berinovasi ialah guru yang mempunyai kebolehan untuk melengkapkan murid
dengan kemahiran alaf baru seperti keupayaan berfikir secara kritis,
kebijaksanaan menyelesaikan masalah dan daya kreativiti yang tinggi. Dalam
konteks ini, sebelum melangkah masuk ke bilik darjah, seorang guru berinovasi
akan menekuni kurikulum dan menilai apakah keberhasilan yang ingin dicapai.
Ketika berada di dalam bilik darjah, guru berinovasi tidak akan terikat dengan
sesuatu cara dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran, tetapi
sentiasa berfikir di luar kotak pemikiran biasa untuk mencari kaedah dan
pendekatan baru yang lebih berkesan. Yang penting, objektif pembelajaran
dicapai.
Selanjutnya, seorang guru berinovasi juga akan memberi tumpuan
kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh merangsang daya fikir
dan daya kreativiti murid. Keutamaan guru berinovasi ialah untuk memastikan
murid berupaya menggunakan ilmu yang diajar di dalam bilik darjah bukan
semata-mata untuk berjaya dalam peperiksaan, tetapi untuk membolehkan
mereka menyelesaikan permasalahan yang dihadapi di dunia nyata. Bermaksud,
guru berinovasi ialah guru yang mampu menyediakan persekitaran pembelajaran
paling kondusif dan memberi ruang seluas-luasnya kepada murid untuk
mengasah kebijaksanaan berfikir. Seterusnya, guru berinovasi juga berupaya
menilai pencapaian dan potensi murid secara holistik, serta sentiasa mengambil
langkah proaktif untuk meningkatkan kecemerlangan murid supaya mereka
dapat bersaing di dunia yang semakin mencabar.
Ini bermakna, guru berinovasi ialah guru yang sentiasa memikirkan
apakah cabaran yang bakal dihadapi oleh murid setelah mereka melangkah
keluar dari lingkungan sekolah, dan apakah ilmu yang dipelajari di sekolah
mampu memberi kelebihan kepada mereka untuk bersaing di alam nyata. Untuk
itu, guru berinovasi akan sentiasa menggunakan pelbagai kaedah dan cara
untuk mengasah daya fikir, daya kreativiti dan daya tahan murid, dan seterusnya
menjadikan mereka insan yang berdaya saing dan berakhlak mulia. Sekiranya
semua guru di negara kita adalah guru berinovasi, saya yakin matlamat kita
untuk melahirkan modal insan yang berpengetahuan tinggi, kreatif, inovatif dan
berketrampilan akan tercapai.
PERUTUSAN HARI GURU 2012
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
"GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI
PENDIDIKAN NEGARA"
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.
Tuan-tuan, puan-puan warga pendidik dan murid-murid yang dikasihi sekalian,
1. Semenjak tahun 1972, peranan dan fungsi guru telah diiktiraf begitu signifikan dan diabadikan menerusi ungkapan
tema Hari Guru yang diraikan pada 16 Mei setiap tahun. Guru dipandang tinggi sebagai pemangkin pembangunan negara, pembentuk generasi dan menjadi asas kemajuan pendidikan negara di samping memacu kejayaan rakyat. Guru yang melengkapi diri dengan kualiti dan Standard Guru Malaysia diakui mampu menjamin keberhasilan negara, antaranya guru yang inovatif dan kreatif teras kejayaan wawasan, guru berkesan pendidikan cemerlang, guru berkualiti pemangkin kegemilangan dan guru cemerlang negara terbilang.
2. Pada tahun ini, tema "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara" telah dipilih sebagai galakan kepada guru menyuburkan inovasi. Tema ini selaras dengan pengisytiharan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia bahawa tahun 2012merupakan Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional. Sehubungan itu, amat wajarlah bagi para pendidik mempersiap diri membudayakan inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan aktiviti koakademik serta kokurikulum di dalam dan di luar bilik darjah.
3. Sebagai golongan profesional yang menjana dan menjuarai perubahan, kita perlu peka dan bersedia memperlengkapi diri menjadi guru yang inovatif. Guru yang inovatif berupaya menjana idea, konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkat amalan berkesan dalam menyampaikan ilmu kepada generasi anak didik. Guru yang inovatif juga berkemampuan mencipta kelainan atau modifikasi menggunakan unsur dan sumber sedia ada serta menjelmakannya sebagai elemen sintesis yang memudah dan melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, seorang guru yang inovatif juga mempunyai tahap ketekunan yana tinggi, belajar daripada kesilapan, menyusun dan mengurus idea secara perekodan sistematik serta sentiasa cenderung mendapatkan pengetahuan baharu. Natijah yang akan dihasilkan ialah modal insan yang berpengetahuan dan bermaklumat serta berinovatif dalam mempermajukan teknologi, berkebolehan mencerna dan mengadaptasikan teknologi dan seterusnya berupaya mengembangkan idea-idea.Warga pendidik yang diraikan sekalian,
4. Kesinambungan sistem pendidikan negara dimanifestasi melalui transformasi yang berbentuk dinamik dan progresif yang akan direalisasikan oleh para guru yang inovatif, proaktif, berdedikasi, dan berdaya saing. Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan program bina upaya untuk meningkatkan amalan profesionalisme keguruan bagi menyokong usaha melaksana transformasi pendidikan secara keseluruhan. Objektif Pelan Pembangunan Profesionalisme Pegawai Perkhidmatan Pendidikan secara khususnya bermatlamat melahirkan para pendidik yang berwatak profesional, berkompeten dan berkesanggupan memikul amanah yang lebih besar.
Warga pendidik sekelian,
5. Pelbagai ganjaran disediakan dan inisiatif direncana oleh pihak kerajaan bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan guru terjamin. Keprihatinan kerajaan ini disalurkan menerusi pelbagai usaha, misalnya melalui pemberian dan penganugerahan kepada warga guru seperti dalam aspek perjawatan dan perkhidmatan. Anugerah dan beberapa penambahbaikan dalam skim perkhidmatan guru menggambarkan keprihatinan kerajaan kita. Sesungguhnya perkara ini diharapkan menjadi sebagai satu inspirasi dan dorongan kepada guru untuk terus memberikan perkhidmatan yang effisyen dan cemerlang dalam dunia pendidikan yang berkembang pesat di samping melengkapkan diri bagi menghadapi cabaran global.
6. Pihak kerajaan dan kementerian juga amat prihatin dengan beban tugas guru yang semakin bertambah dan rencam. Sehubungan itu, bermula pada tahun 2012, Jawatankuasa Kerja Pelaksana Menangani Isu Beban Tugas Guru (JKPMIBTG) telah memberikan tumpuan kepada lima fokus utama bagi menangani isu beban tugas guru iaitu menambah baik pelan operasi latihan tahunan untuk mengelakkan pertindihan kursus; menambahkan staf sokongan untuk tugas perkeranian; mengurangkan bilangan jawatankuasa di peringkat sekolah; mengurangkan bilangan ujian/peperiksaan dan meningkatkan penggunaan ICT dalam pengurusan sekolah dan pengajaran dan pembelajaran.
7. Justeru, saya ingin mengambil kesempatan ini mewakili semua warga pendidik di negara ini untuk menyatakan setinggi penghargaan danucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak kerajaan yang tidak pernah meminggirkan kebajikan para guru. Keprihatinan berterusan oleh kerajaan ini merupakan suntikan semangat agar warga pendidik terus gigih, inovatif, berdedikasi dan berintegriti dalam menggalas tanggungjawab melahirkan generasi masa depan yang berjati diri, berdaya saing, bertanggungjawab, berpegang teguh kepada ajaran agama serta mengamalkan nilai sejagat.
Anak-anak murid yang disayangi sekelian,
8. Saya yakin bahawa tanggungjawab berat yang digalas oleh para guru di samping tekanan yang dihadapi sedikitpun tidak melunturkan rasa kasih dan sayang kepada anak-anak didik semua. Semua guru yang ada di hadapan murid-murid semua adalah guru penyayang. Kehadiran murid ke sekolah tentulah dengan harapan dan semangat untuk menimba ilmu dan mempertingkat kualiti diri. Setiap murid di mata dan hati seorang guru adalah permata yang mempunyai keistimewaan dan kebolehan tersendiri. Jika digilap dan dikembangkan potensinya nescaya akhirnya mereka dapat menjadi individu dan warganegara yang berdaya saing, berfikiran kreatif dan kritis, berbudi pekerti mulia dan sedar akan kepentingan amalan berterima kasih. Sekiranya ada antara murid-murid yang ditegur oleh guru, janganlah mudah berkecil hati atau merasa diri kurang disayangi. Anggaplah para guru sebagai ibu dan bapa di sekolah yang sentiasa mengambil berat dan menginginkan yang terbaik untuk murid-murid semua.
9. Akhir kalam, besarlah harapan saya agar warga pendidik yang dikasihi sekalian terus melaksanakan amanah yang diberi penuh dedikasi, bertunjangkan integriti dan berlandaskan etika perkhidmatan. Selaku pencetus, penggerak dan pemegang amanah kepada proses transformasi sistem pendidikan negara, warga pendidik mempunyai kedudukan tersendiri, disegani dan dipandang tinggi oleh masyarakat. Marilah kita teruskan amalan budaya kerja cemerlang, sikap kebertanggungjawaban, istiqamah dan semangat mujahadah setiap daripada kita untuk melakukan yang terbaik demi nusa dan bangsa. Sebagai penutup, ingin saya titipkan mutiara kata Syeikh Muhammad Abduh, seorang tokoh pendidikan di Mesir, "Kemuliaan ialah membangun umat yang telah binasa, membuka selubung kebodohan mereka, memberi peringatan dan petunjuk (hidayah), menuntut hak yang terampas, mengingatkan akan kemuliaan yang hilang, membangun umat
dari tidur dan kelalaian mereka, serta menyatukan suara untuk memperbaharui gerak langkah".
WARGA PENDIDIK YANG DIKASIHI SEKALIAN
TERIMA KASIH CIKGU … "SELAMAT HARI GURU"!
DATO’ SRI ABD GHAFAR BIN MAHMUD

ADAB DENGAN GURU
Jika engkau seorang penuntut hendaklah engkau punya adab dalam menuntut ilmu. Adab orang yang belajar ilmu, disebutkan pula oleh Imam Al-Ghazali (رحمه الله تعالى) di dalam Bidayatul Hidayah (sebanyak) sebelas perkara.
1. Apabila bertemu dengan gurunya, maka hendaklah (dia) mendahulukan memberi salam.
2. Jangan banyak berkata-kata di hadapan gurunya itu (terutama perkataan yang tiada kaitan dengan... pelajaran).
3. Jangan ia berkata dengan barang yang tiada diizinkan dahulu oleh gurunya.
4. Jangan ia bertanya akan gurunya melainkan meminta izin terlebih dahulu daripadanya.
5. Jangan menyangkal akan perkataan gurunya itu misalnya dengan berkata, “saya dengar ustaz lain berkata …… ( lain daripada apa yang engkau kata itu), atau sebagainya.
6. Jangan ia menyalahkan akan bicara gurunya, lalu (murid itu) merasa bahawa (dia) terlebih benar daripada (apa yang dikatakan) gurunya; atau terlebih tahu ia daripada gurunya. Maka yang demikian itu kurang adab kepada gurunya lagi kurang berkat.
7. Jangan ia berbisik-bisik dengan orang yang sama duduk (iaitu duduk bersamanya) di hadapan gurunya itu.
8. Jangan ia berpaling ke kiri dan ke kanan pada hadapan gurunya itu, (bahkan sebaliknya) hendaklah ia duduk tunduk lagi beradab seolah-olah ia di dalam sembahyang.
9. Jangan terlalu banyak pertanyaan kepada gurunya itu tatkala segan gurunya itu daripada berkata-kata (yakni kurang suka memperkatakan atau membicarakannya), atau tatkala ia lelah (yakni letih atau penat).
10. Apabila berdiri gurunya atau baharu datang gurunya itu, maka hendaklah ia berdiri pula kerana menta’dzimkan akan gurunya itu, dan jangan diikuti pada ketika bangkitnya itu dengan pertanyaan atau soalan. Dan jangan bertanya masalah pada ketika ia berjalan hingga sampai kepada tempat duduknya itu, melainkan kerana dharurat (yakni terpaksa) maka iaitu (yakni yang mana) tiada tertegah bertanya di dalamnya (yakni pada ketika itu).
11. Jangan buruk sangka akan gurunya itu pada segala perbuatannya yang dzahir menyalahi i’tiqadnya, atau bersalahan perbuatan gurunya itu (yakni melakukan sesuatu yang lain daripada) pengetahuannya, atau dengan adatnya (yakni kebiasaannya); kerana gurunya itu terlebih tahu dengan segala hukum syara’ dan segala rahsia syariat, seperti hikayat Nabi Musa (عليه السلام) dan Nabi Khidir (عليه السلام).

Thursday, 10 May 2012
Friday, 4 May 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)