SESUNGGUHNYA HIDUPKU DAN MATIKU KERANA ALLAH S.W.T

Thursday 21 July 2011

HIDAYAH KEINSAFAN

HIDAYAH KEINSAFAN

Di malam sepi
Hatiku  mula menangisi
Kerana keinsafan
Yang mula menyelubungiku
Kerana keinsafan
Yang mula menyelubungiku

Disaluti angin bayu
Terkenang daku
Pada dosa yang lalu
Sejarah silam zaman kejahilanku
Adakah diampunkan

Aku leka dengan duniaku
Tiada kutahu dunia ini palsu
Mencari kepuasan mengejar harta
Gelaplah hati butalah mata

Kuinsafi segala dosa
Taubat dan keampunan dah kupinta
Adakah dosaku kan terhapus
Adakah diampunkan

Kau Tuhanku yang satu
Aku kembali mengikut hidayahmu
Dari kealpaan dosa yang melalaikan
Kembali ke dasar kebenaran
Dari segala kealpaan…………..

Di malam sepi
Hatiku  mula menangisi
Kerana keinsafan
Yang mula menyelubungiku
Kerana keinsafan
Yang mula menyelubungiku

Ampunilah dosa lalu………………

No comments:

Post a Comment