SESUNGGUHNYA HIDUPKU DAN MATIKU KERANA ALLAH S.W.T

Thursday, 13 October 2011

GREEN TECHNOLOGY @ TEKNOLOGI HIJAU

Definisi Teknologi Hijau merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Teknologi Hijau merujuk produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut: ? Ia meminimumkan degrasi kualiti persekitaran; ia mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar; ia selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan; ? Menjimatkan tenaga dan sumber asli; dan ? Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui. Empat Tunggak Dasar Teknologi Hijau Negara • Tenaga - Mencari ketidakbergantungan tenaga dan mempromosikan kecekapan tenaga • Alam sekitar - Memulihara dan meminimumkan kesan kepada alam sekitar • Ekonomi - Meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi; dan • Sosial - Meningkatkan kualiti hidup untuk semua. Objektif • Untuk mengurangkan kadar peningkatan penggunaan tenaga dalam masa yang sama meningkatkan pembangunan ekonomi; • Untuk membantu pertumbuhan dalam industri Teknologi Hijau dan meningkatkan sumbangannya kepada ekonomi negara; • Untuk meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan Teknologi Hijau dan meningkatkan daya saing dalam Teknologi Hijau di persada antarabangsa; • Untuk memastikan pembangunan mapan dan memulihara alam sekitar untuk generasi akan datang; dan   • Untuk meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap Teknologi Hijau dan menggalakkan penggunaan meluas Teknologi Hijau.

KEMAHIRAN INSANIAH @ SOFT SKILLS

KEMAHIRAN INI MESTI ADA PADA PELAJAR/GRADUAN MELAYU MUSLIM BAGI MENGHADAPI CABARAN GLOBALISASI DAN DAYA SAING.

Kemahiran Insaniah yang mesti ada pada setiap pelajar/graduan ialah seperti yang disenaraikan seperti di bawah:

1. Kemahiran Berkomunikasi
2. Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah
3. Kemahiran Kerja Berpasukan
4. Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
5. Kemahiran Keusahawanan
6. Etika dan Moral Profesional
7. Kemahiran Kepimpinan
8. Kesedaran Alam Sekitar

Friday, 7 October 2011

Di antara cara nak rawat SAKIT ROHANI

1.Jaga solat 5 waktu
2. Solat taubat dan istighfar 70X sehari
3.Qada' solat yang tertinggal
4.Baca Quran
5.Maafkan orang dan mohon maaf
6.Cari ilmu berterusan dan cari guru yang mursyid
7. Berkawan dengan orang positive
8. Sedekah kepada yang memerlukan
9.Beri binatang makan
10. Beri khidmat kepada yang perlu bantuan
11. Cuci pinggan, tandas, dsbnya
12.Kekalkan wudu'
13. Puasa sunat
14. Sentiasa ingat mati
15. Hidupkan sunnah harian
16. Seru orang ke arah kebaikan
17. Tunaikan haji dan umrah. Mari kita amalkan agar rohani kita sihat dan kita selamat dunia dan akhirat. Wassalam (Tips dari Dato' Dr. Hj. Fadzilah Kamsah)

MUTIARA KATA @ SMTMT




Thursday, 6 October 2011

"KEHEBATAN" IBU BAPA

Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah pernah berkata….. .
” setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada)”………. nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu…

Berdasarkan Hadith Nabi :
“Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari”
Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. …tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah
Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris….. . Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
InsyaAllah

Monday, 3 October 2011

DEDIKASI UNTUK ISTERIKU

HAPPY BIRTHDAY. SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR, DIMURAHKAN REZEKI DAN HIDUP KITA DIRAHMATI ALLAH SWT,InsyaAllah. TERIMA KASIH KERANA MELAHIRKAN 3 PUTERA UNTUK ABI DAN INSYAALLAH ZURIAT YANG KE 4 AWAL TAHUN DEPAN. RAJIN-RAJIN MAKAN!

Lagu ini ditujukan untuk isteriku sejak dulu hingga kini. INGAT lagi tak!?
KHAS UNTUKMU

Duhai pendampingku
for the rest
Permata untuk isteriku